KUALA LUMPUR: Perodua memanggil semula 74,000 varian Myvi baru, yang dibina antara Mac 2011 dan Mac 2012, menerusi kempen langkah pencegahan lajur stereng kuasa elektronik (EPS) model berkenaan.
Pembuat kereta kompak itu berkata, ia bertujuan memastikan pemilik Myvi baru menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons masa pemandu pada kelajuan rendah.
"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala, dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam.
"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian lajur EPS," katanya menerusi satu kenyataan.
Aminar berkata, syarikat kereta itu sudah menghantar surat makluman kepada pelanggan yang terbabit, dan Perodua akan menyerap semua kos penggantian lajur EPS terbabit.
Tempoh akhir kempen itu tidak ditetapkan.
Pelanggan bagaimanapun digalakkan membuat temu janji secepat mungkin memandangkan lebih baik untuk mereka memastikan penggantian dilakukan dengan lancar dan teratur. - BERNAMA
Pembuat kereta kompak itu berkata, ia bertujuan memastikan pemilik Myvi baru menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing.
"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala, dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam.
"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian lajur EPS," katanya menerusi satu kenyataan.
Aminar berkata, syarikat kereta itu sudah menghantar surat makluman kepada pelanggan yang terbabit, dan Perodua akan menyerap semua kos penggantian lajur EPS terbabit.
Tempoh akhir kempen itu tidak ditetapkan.
Pelanggan bagaimanapun digalakkan membuat temu janji secepat mungkin memandangkan lebih baik untuk mereka memastikan penggantian dilakukan dengan lancar dan teratur. - BERNAMA
1 comment:
macam mana kalau kereta saya keluar bulan 12 tahun 2012 adakah perlu saya tukar lajur stereng myvi 1.3 saya?
Post a Comment