14 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Keadaan di sekitar Lahad Datu adalah terkawal ketika Angkatan Tentera Malaysia dan polis masih meneruskan rundingan sejak malam tadi dengan sekumpulan rakyat asing yang mendarat dengan bot di persisiran pantai pada Selasa dengan berpakaian ala tentera dan bersenjata api.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ada penduduk di kawasan berdekatan juga telah diarah berpindah untuk jaminan keselamatan.
"Sehingga kini tiada laporan penduduk dijadikan tebusan. Dianggar jumlah kumpulan itu antara 80 orang hingga 100 orang.
"Motif kehadiran mereka juga tidak dapat didedahkan kerana ia masih terlalu awal," katanya kepada pemberita selepas hadir pada taklimat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Bangi, dekat sini hari ini.
Hishammuddin juga meminta semua pihak agar jangan membuat sebarang spekulasi atau menyebar khabar angin mengenai kejadian pencerobohan itu kerana boleh menyebabkan gangguan kepada rundingan berkenaan.
"Orang ramai diminta supaya jangan mempercayai sebarang khabar angin tanpa pengesahahan pihak berkuasa. Tunggu rundingan selesai kerana penjelasan pihak berkenaan (penceroboh) adalah penting," katanya.
Semalam pihak berkuasa keselamatan berjaya mengepung sekumpulan lelaki rakyat asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api yang menceroboh masuk ke Lahad Datu dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan itu menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.
Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.
Beliau berkata, pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan itu dan mengarahkan kumpulan terbabit meletak senjata serta menyerah diri. - Bernama
4 comments:
Bhai MS...
Hehehe.... nak tau citer selanjutnya Ops Lahad Datu... sila terjah blog gua... hahaha
NAJIB PATUT LETAK JAWATAN, KESELAMATAN NEGARA TERANCAM SEBAB MUSUH MUDAH MENYELINAP MASUK.. KEJADIAN LAHAD DATU MUNGKIN PERANAN BN UNTUK PORAK PORANDAKAN NEGARA SEMASA PRU 13 NANTI2932...TAK MUSTAHIL,.TAKKAN TAK TAU LANGSUNG MUSUH/SENJATA DAH BERLAMBAK..TAK KAN POLIS/ATM TIDUR KOT..JANGAN2 DSAI DIBABITKAN PULAK??
Jgn ckp mcm tu ma pm bukn pm yg p jg d laut semua ada salh tp benda ni ku rasa bukn bru mukinnd rancg da sebaik mukin xkn seng2 d org nk masuk n bekumpulan,mesti ada org2nya byk da besepah kat sbh tau tentag sekatan semua ni.,kes ni setaunku dri moyang lg suluk nk ambil hak d org sabh ni,setau ku la xkn dia tu cya la smpi bila2 hak d org nk jg,ni kali la bukn alang2 klu kelurga d org d sbh ni pa lg ld byk tu suluk2 behambur x semua jg tp klu da d hasut kemunkinan blh jd sepakat kita x tau,makanya biar pm je buat atur bgs2 x baik ckp mcm tu kita da aman d bg tempat tgl sipa bg 500 lg k pa,tp yg pasti kompom klu x d ikut kemahuan kompom begegar L/D.beratus2 tentera da kita d felda tambisan n kg2 sana megawasi,jaln cni sana mcm dlm filem zombe siap ada pagar besi duri2 lg peh memang worentin btl la hehehe,mcm mana mau tenag tdr warga lahad datu mcmni mcm parah je kes da ni.erm x hbs2 nk hak d org mcm x da tapak lain mentag2 da membagun sedp2 je nk ambil,kata johan semua poyo,,

Post a Comment