PULAU PINANG 11 Feb . - Kehadiran Penyanyi Shila Amzah yang membuat persembahan di majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) gamat tatkala bapanya, N.D. Lala menghalang pihak wartawan daripada memberi sebarang kenyataan berhubung kontroversi melibatkan anaknya itu baru-baru ini
.
Shila, 23, yang pada awalnya bersetuju untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak media kemudiannya dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan sepanjang Majlis tersebut berlangsung.

"Kamu hendak tanya apa? Macam inilah... saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan.
"Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak," kata N.D Lala kepada pemberita di sini petang tadi.

Shila dilihat hanya berdiam diri seterusnya diiringi sekumpulan pengawal peribadi yang dilaporkan dirancang bapanya sendiri.
Terdahulu, Juara Asian Wave 2012 itu telah menghiburkan kira-kira 80,000 penonton dengan empat buah lagu iaitu Zheng Fu, Set Fire to the Rain, Patah Seribu sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Forever Love.

Sebelum ini, Shila telah meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang sedang dihadapinya berkaitan hubungan bapa beliau dan teman lelakinya Sharnaaz di laman Youtube dengan menyampaikan lagu 'Ombak Rindu'.
Pada rakaman tersebut, Shila kelihatan menangis teresak-esak sambil meluahkan rasa kerinduan terhadap ibu dan ayahnya dan meminta maaf kerana telah menimbulkan rasa kerisauan pada semua pihak.
Shila dilaporkan telah melarikan diri dari rumahnya menyebabkan ND Lala membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu semalam.

No comments:
Post a Comment