05 March 2013

15,500 warga Felda Sahabat selamat - Ahmad Maslan


PUTRAJAYA: Kesemua 15,500 peneroka, anggota keluarga serta pekerja di gugusan Felda Sahabat, yang terletak berhampiran Kampung Tanduo di mana pihak berkuasa melancarkan serangan ofensif, setakat ini berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan sejak pengganas menceroboh kawasanitu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata seramai 1,000 pekerja di Felda berhampiran kawasan serangan diberi cuti keranakhuatir berlaku kejadian tidak diingini kepada mereka.
"Kita telah mengarahkan cuti terutama di kawasan ladang yang berhampirandengan Kampung Tanduo iaitu Ladang Felda Sahabat 17, 18, 19, 22 dan 56. Untukesok, sekiranya operasi belum selesai, cuti mereka juga patut diteruskan,"katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Beliau berkata seramai 10,000 pekerja turut diberi cuti Sabtu lepas atas alasan sama, dan kawalan keselamatan sekitar gugusan Felda itu turut dipertingkat dengan kerjasama Polis Bantuan Felda, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
Ahmad berkata pihaknya juga mengeluarkan amaran agar penduduk mengambillangkah berjaga-jaga dan mereka tidak dibenar keluar, khususnya Felda Sahabat 3,4 dan 5 kerana ia kawasan berpenduduk paling hampir dengan Kampung Tanduo,selain mematuhi nasihat pihak keselamatan.
Beliau berkata penduduk di kawasan itu juga tidak berdepan sebarang kesukaran untuk mendapat bekalan makanan atau keperluan harian.
Ahmad turut menasihati penduduk agar segera melaporkan kepada pengurusladang jika ada pengganas menyelinap di kawasan itu, untuk dimaklum kepadaanggota keselamatan yang bertugas.
"Felda Sahabat memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota keselamatan dalammelaksanakan tugasan mereka bagi menyelesaikan tragedi Lahad Datu ini," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan operasi Felda akan terjejas jikainsiden itu berpanjangan, terutama di Ladang Felda Sahabat 17, 18, 19, 22 dan56, yang hanya akan beroperasi semula sekiranya diisytihar selamat.
Katanya, setiap ladang mempunyai 300 pekerja terdiri daripada penduduktempatan serta pekerja asing yang diambil secara sah dari Indonesia dan sejumlahkecil dari Filipina.-BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive