17 March 2013

Azzimudie akan diekstradisi - Polis



LAHAD DATU: Pihak keselamatan negara akan mengumpulkan bukti yang cukup sebelum mencari kaedah mengekstradisi ketua pengganas dari Sulu Azzimudie Kiram atau Agbimuddin dari Filipina dan dibicarakan di negara ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dipercayai sudah berada di Filipina.
"Pada hemat saya, kalau dia berada di sana pun kita tidak menghadapi masalah sebab kita sudah menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas mereka yang ditahan.
"Jadi, kita akan kumpulkan bukti, seterusnya menggunakan saluran perundangan untuk kita ekstradisi Azzimudie bagi menghadapi pertuduhan di negara kita," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat, dekat sini Sabtu.
Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada sidang akhbar bersama di Kota Kinabalu semalam, berkata Azzimudie dipercayai telah melarikan diri ke Filipina. - BERNAMA



Malaysia dan 'kesultanan' Sulu masing-masing membuat kenyataan bercanggah sama ada Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mengetuai lebih 200 pengikutnya di Sabah bulan lalu untu menuntut wilayah itu.

NONEAgensi berita nasional Bernama dan The Star melaporkan Azzimudie (kiri) sudah melarikan diri dari Sabah, sekali gus meninggalkan pengikutnya dan kembali ke Filipina.

Bagaimanapun, hari ini, Abraham Idjirani, jurucakap dan setiausaha agung kepada kesultanan itu, menolak dakwaan itu sebagai masa "propaganda" menjelang pilihan raya negara ini, lapor InterAksyon.

Idjirani memberitahu, kali terakhir beliau bercakap dengan Azzimudie semalam.

Dan beliau dilaporkan diberitahu bahawa 'raja muda' itu masih di Sabah dan terus mengelak daripada operasi oleh pasukan keselamatan Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive