22 March 2013

DUN Selangor bubar 25 Mac?


SHAH ALAM: Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor telah dipercepatkan daripada hari Rabu kepada Isnin ini dan sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu akan dibubarkan.
Mesyuarat exco ini juga mungkin yang terakhir pada sesi ini sebelum pilihan raya umum diadakan.
Pada kebiasaannya mesyuarat exco diadakan pada hari Rabu.
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata beliau tidak pasti apakah agenda mesyuarat berkenaan, namun beliau mengaku ia akan membincangkan mengenai pembubaran DUN.
"Mungkin (ia akan membincangkan mengenai pembubaran). Perubahan tarikh juga dibuat oleh Menteri Besar.
"Saya juga baru dimaklumkan dan saya tidak tahu apa yang akan dibincangkan. Namun beliau telah menyatakan ia akan dibubarkan bulan ini," katanya.
Pada 11 Mac, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membubarkan DUN Selangor sebelum hujung bulan ini, namun beliau tidak memberi tarikh yang tepat mengenainya.
Pada Februari lalu, selepas menghadap Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah, Abdul Khalid berkata baginda memberi perkenan sekiranya DUN Selangor dibubarkan lebih awal.
Seorang lagi Exco, Ronnie Liu pula sengaja bermain teka teki berhubung pertukaran tarikh mesyuarat exco.
"Anda harus tanya kepada Menteri Besar. Jika anda tanya saya, saya akan kata ia hanya perkara kecil dan tiada apa yang luar biasa," katanya sambil menambah bahawa mesyuarat itu diadakan pada Isnin, hanya dua hari awal daripada amalan biasa.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang bukan ahli exco berkara beliau tidak dimaklumkan mengenai perubahan tarikh berkenaan.
"Saya berharap, ia merupakan tanda (bahawa DUN Selangor akan dibubarkan. Kami telah lama menunggu
"Sebab apa lagi mesyuarat exco hendak diawalkan," soalnya.
DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada tengah malam 21 April, genap lima tahun selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah pada 22 April, 2008.
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dijangka diadakan dalam beberapa minggu lagi.
Tempoh akhir Parlimen adalah pada 27 April ini dan jika ia tidak dibubarkan maka ia akan terbubar sendiri, selepas semua ahli Parlimen mengangkat sumpah pada 28 April 2008.
Pilihan raya umum terakhir berlangsung pada 8 Mac, 2008.

1 comment:

Anonymous said...

usah dikut hati yg marah, kalau dok bubar tapi tak boleh buat pilihanraya awal , buat apa. spr dah dokbagi hint, depa nak buat pilihanraya serentak konon nak jimat, bila bubar awal makna kata serah kuasa awal,persoalannya sapa nak tadbir, boleh harapke takada silap mata, tak terkawal nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive