07 March 2013

JAMALUL KIRAM III : Saya Sultan termiskin di dunia


MANILA: Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengakui beliau adalah sultan paling miskin di dunia.
Istana Kiram hanyalah rumah dua tingkat di kota Manila, Filipina.
Lahir di Sulu pada 1938,  Kiram merupakan seorang pemimpin yang cukup disayangi dan penggemar sukan tenis. Tanpa disadari, Sultan Sulu itu pernah bekerja sebagai juruhebah  radio.
Beliau mencalonkan dirinya  sebagai seorang senator pada 2007 dengan sokongan mantan Presiden Gloria Macapagal Arroyo.
Namun beliau kalah dan kerana itu hartanya pun habis kerana kempen pilihan raya tersebut.
“Saya adalah sultan termiskin di dunia ini,” ujar sultan berusia 74 tahun itu, seperti dilapor Associated Press hari ini.
Anak perempuannya, Jaycel  menceritakan bagaimana kisah masa kecilnya.
Jaycel sendiri mengaku terkejut ketika mendengar khabar bahawa dirinya adalah seorang puteri raja.
“Ketika saya masih kecil, saya kira nama ‘Puteri’ adalah nama depan saya. Seorang puteri (raja) umumnya mengenakan mahkota, memiliki istana dan kereta kuda,” ujar Jaycel yang  berusia 35 tahun.
Derita buah pinggang dan jantung
Salah satu hal yang menunjukan kejayaan Kiram  hanyalah gelaran sultan yang ada di depan nama panjangnya. Selain itu, Kiram tidak memiliki apapun, selain pengikutnya yang sedang menduduki Sabah.
Kesihatan Kiram  juga mula memburuk, menderita buah pinggang  dan penyakit jantung. Kiram pun sulit untuk bercakap. Biaya rawatan sultan itu ternyata cukup mahal, keluarga Kiram dikhabarkan lupa membayar sewa rumah.
Di masa muda, Kiram mengaku sering berkunjung ke Sabah. Ketika berada di wilayah itu, Kiram merasa seperti berada di kampung halamannya sendiri.
Sabah dan Sulu dipisahkan oleh sebuah selat di Laut Sulu. Perjalanan dari Sabah ke Sulu juga hanya memakan waktu 30 minit dengan menggunakan kapal. Dua wilayah itu memiliki banyak kesamaan, warga-warga dari Sulu mahupun Sabah juga saling mengunjungi.
Kesultanan Sulu ingin melihat kerajaan Filipina menuntut kembali wilayah Sabah. Menurut Kiram, tuntutan itu penting kerana banyak pengikut Kesultanan Sulu yang diburu oleh polis Malaysia di Sabah.
Kiram cukup khuatir akan tindak balas para pengikutnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive