02 March 2013

Jenazah Dua Komando Terkorban Tiba Di Subang Tengah Hari Ini


LAHAD DATU: Jenazah dua anggota polis komando yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan bersenjata Sulu pada Jumaat diterbangkan dari Tawau pada pukul 8 pagi Sabtu.
Penerbangan itu dijadulkan tiba di Subang pada tengah hari di mana jenazah itu akan diterbangkan ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.
Jenazah Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Koperal Sabaruddin bin Daud, 47, akan diberi penghormatan terakhir semasa ketibaan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, tiada insiden tembakan dilaporkan pada sebelah malam di Kampung Tanduo di mana 12 anggota kumpulan bersenjata Sulu maut manakala dua anggota polis komanda terkorban.
Tiga lagi anggota polis komando cedera.
Panggilan ke telefon bimbit ketua kumpulan bersenjata Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram tidak berjawab manakala keluarganya di Manila memberitahu kumpulan terbabit akan tetap dengan keputusan mereka.


ISTERI PENGSAN TERIMA BERITA SUAMI TERBUNUH

Noraziah Nor, 29, isteri kepada anggota komando Insp Zulkifli Mamat, 30, tidak dapat menahan sebak dan pengsan sejurus menerima berita kematian suaminya.
    
"Nak balik, Azi nak balik, tolong bawa Azi balik, tolonglah sesiapa hantar Azi balik...," begitulah rintihan Noraziah yang dilihat tidak berhenti-henti menangis ketika ditemui di kediaman bapa angkat pasangan itu di Bandar Baru Putra, Bercham di Ipoh.
    
Noraziah yang merupakan guru di sebuah sekolah di Tanjung Rambutan terpaksa dipimpin beberapa jiran dan anggota keluarga kerana pengsan sebelum dihantar ke klinik berhampiran.
    
Pasangan yang menetap di Bandar Baru Putra, Bercham itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Mohammad Akmaluddin, 5, dan Mohammad Akhil, setahun dan Noraziah kini mengandung anak ketiga.
    
Zulkifli, adalah antara dua anggota komando yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini.
    
Sementara itu, bapa angkat pasangan itu, Sjn Hussain Harun, 53, yang merupakan jurulatih pusat latihan Pasukan Gerakan Am (PGA), Hulu Kinta berkata beliau menerima berita itu selepas solat Jumaat sebaik sahaja Noraziah datang ke rumahnya.
    
"Saya cukup terkejut apabila mengetahui berita ini dan Aziah terus pengsan sebaik memberitahu kami.
    
"Saya mengenali arwah pada tahun 2004 semasa dia menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) UUM dan saya merupakan pengajar untuk pandu arah peta," katanya sambil memberitahu kali terakhir beliau bertemu arwah ialah minggu lepas sebelum bertolak ke Lahad Datu.
    
Ibu angkat Allahyarham Noor Ainita Mohamad, 49, berkata Allahyarham seorang yang baik hati dan peramah.
    
"Arwah memang rapat dengan suami saya... sekiranya ada masalah arwah akan datang rumah dan cerita masalah dia pada kami. Kehilangannya sangat dirasai,"
katanya.
    
Bernama

2 comments:

Carlos Santiago said...

semoga roh mereka di cucuri rahmat.

Anonymous said...

Malaysians are proud of these commandoes. We salute you for your service to our country.

Until Malaysia ends the standoff will the full might of our security forces swiftly, there will be more of these shootouts and uncalled for deaths of Malaysians.

This is an act of war and until these intruders are captured and charged in court, the standoff is never over.

Malaysia's diplomacy and negotiation stance is the strangest of any country's defense protocol. Stop this nonsense of negotiation before this escalates into a full scale war with other parties involved.

Malaysia Failure at Lahad Datu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive