12 March 2013

LAHAD DATU Bukan 9 tapi 15 mayat dalam satu lubang kubur


LAHAD DATU: Pasukan keselamatan percaya lubang kubur di Kampung Tanduo yang dijumpai Rabu lalu bukan mengandungi sembilan mayat pengganas Sulu sebaliknya seramai 15. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata pasukan keselamatan juga percaya ada satu lagi kubur di sebelah kubur berkenaan dan beliau sudah mengarahkan pasukan keselamatan memeriksa semula kedua-duanya. 



Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. 




Hamza Taib sahkan mayat ketua pengganas Sulu adalah Haji Musa

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebentar tadi mengesahkan mayat ketua pengganas Sulu yang dibedah siasat di Hospital Lahad Datu, semalam adalah Haji Musa.

 Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. 


Saudara Terdekat Jamalul Kiram Ditahan

KOTA KINABALU: Saudara terdekat Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu ditahan polis dalam usaha mengesan 20 lagi suspek utama yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Tanduo.
Polis enggan mendedahkan butiran mengenai maklumat keluarga Kiram yang sedang diburu tetapi sekurang-kurangnya dua suspek dipercayai adalah adik dan sepupu kepada Raja Muda Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata itu ke Tanduo.
Suspek pertama yang terlibat dalam mengangkut ikan, tinggal di Lahad Datu bersama dengan keluarganya dan berpindah ke Semporna baru-baru ini.
Dia menghilangkan diri selepas membantu dalam rundingan dengan kumpulan pengganas tersebut bagi menamatkan pencerobohan yang bermula pada 12 Februari lalu.
Namun tidak diketahui sekiranya dia adalah salah seorang yang ditahan memandangkan keluarga Kiram mempunyai ramai saudara yang tinggal di Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Mereka yang ditahan setakat ini melibatkan sekurang-kurangnya tujuh anggota beruniform, seorang ahli politik tempatan dan ramai pesimpati di Lahad Datu dan Semporna di mana serbuan dijalankan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, enam lagi suspek ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan pengganas menjadikan jumlah tahanan kepada 97 orang.
Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
Beliau berkata 125 yang lain turut ditahan kerana cuba memasuki kawasan zon merah, lokasi di mana Ops Daulat sedang dijalankan.

                                                                                               
Warga Filipina larikan diri dari Sabah
10:13AM Mac 12 2013
Seramai 57 orang Filipina termasuk kanak-kanak tiba di Bongao, Tawi Tawi daripada Semporna dengan motobot kecil pagi semalam selepas mendakwa diburu pasukan keselamatan Malaysia.

Mereka bergerak daripada Semporna sekitar jam 8 malam pada Ahad dan tiba di Sitangkay, pulau terakhir dalam jajaran TawiTawi dan paling dekat dengan Semporna pada paginya, lapor InterAksyon.

Media yang berpangkNONEalan di negara jiran itu juga melaporkan, di Semporna, enam pegawai polis Malaysia dan enam warga Filipina terbunuh minggu lagu selepas berlaku pertempuran antara pihak berkuasa negara itu dan pihak 'kesultanan Sulu'.

Kumpulan itu memberitahu Pasukan Petugas di Tawi Tawi bahawa mereka tidak sempat membawa makanan dan wang ringgit kerana bersembunyi beberapa hari bagi mengelakkan diri daripada pihak berkuasa Malaysia yang didakwa menjejak warga Filipina tanpa dokumen dan pihak yang disyaki menyokong 'kesultanan' itu.

Pasukan petugas itu ditubuhkan bagi menangani kebanjiran warga Filipina yang dijangka pulang dari Sabah bagi mengelakkan diri daripada pertempuran dan tindakan keras pihak berkuasa Malaysia.


Polis kesan kubur baru di Kg Tanduo

Polis mengesan kubur baru yang mungkin digunakan untuk mengebumikan tiga mayat pengganas kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.
Selain itu katanya tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas di Kampung Tanjung Batu dalam tempoh 24 jam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive