30 Mac 2013
LAHAD DATU - Meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir adalah antara reaksi spontan 21 keluarga dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian, yang dibenarkan melawat rumah mereka hari ini.Mereka bersama pasukan keselamatan, penilaian dari Pegawai Daerah dan
Majlis Keselamatan Negara dibenarkan meninjau selepas sebulan menjadi mangsa serangan pengganas dari selatan Filipina dengan berlindung di pusat pemindahan seliaan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Felda.
"Sakit hati tengok. Macam mana hendak masuk balik dan tinggal di sini dengan keadaan begini. Macam mana hendak bayar hutang yang masih banyak lagi itu!" kata Norhaya othman, 27, yang terus menangis sambil memeluk suaminya, Abdul Jabbar Bavotty, 39, ketika melawat Kampung Tanjung Labian.
Peniaga kedai runcit itu juga semakin sayu apabila menceritakan bahawa dua anaknya sering bertanya bilakah mereka sekeluarga boleh pulang ke rumah yang telah tiada itu.
Krisis pencerobohan di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu, telah menyebabkan 3,500 penduduk di sekitar gugusan Tanjung Labian dan Tanjung Batu melarikan diri ke pusat pemindahan dan rumah saudara, termasuk puluhan rumah dibakar dan rosakkan pengganas dalam pertempuran Operasi Daulat dengan pasukan keselamatan.
Seorang lagi penduduk, Siti Aminah Hiya, 21, tergamam kerana beliau langsung tidak percaya melihat rumahnya hangus serta kelengkapan perahu dan enjin bot miliknya hilang, sekali gus menjejaskan punca pencarian rezekinya di laut.
Katanya, sebelum kejadian, beliau baru sahaja membuat pinjaman bernilai
RM1,500 untuk kelengkapan perahunya dan kini beliau rungsing memikirkan bagaimana hendak membayar pinjaman itu.
Sambil terduduk dan seakan-akan tidak percaya melihat apa yang berlaku, beliau kemudian menangis dan terus menjauhkan diri dari media.
Seorang lagi penduduk yang tidak mahu dikenali, hanya mampu bersandar dan duduk di dalam keretanya kerana tidak sanggup melihat keadaan rumah dan kedai motosikalnya yang musnah dan rosak ekoran insiden itu.
Daripada tinjauan terdapat kira-kira 16 rumah di kampung Tanjung Batu perlu diperbaiki manakala 26 buah rumah lagi musnah sama sekali.
Taksiran akhir jumlah kerugian rumah dan harta benda kesemua penduduk kampung yang terlibat dijangka disiapkan pegawai daerah tidak lama lagi.
Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan. - Bernama

No comments:
Post a Comment