28 March 2013

Penempatan Baru Penduduk Kampung Tanduo Di Sungai Merah


E-mailPrint
alt
LAHAD DATU 28 Mac - 25 keluarga di Kampung Tanduo akan dipindahkan ke penempatan baru kira-kira 20 kilometer dari kawasan perumahan asal di kawasan Sungai Merah.

Menurut Pegawai Majlis Daerah Lahad Datu Zulkifli Nasir, pelbagai kemudahan sosioekonomi akan dibangunkan dikawasan tersebut termasuk pembinaan surau, taman permainan dan kedai runcit.

Jelas beliau, perkara tersebut telah dipersetujui pelbagai pihak dan hanya menunggu kelulusan daripada Ketua Menteri Sabah untuk diteruskan.


Dalam pada itu, kerajaan telah memperuntukkan bajet awal pembangunan infrastruktur serta pembelian aset Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) sebanyak RM 200 juta.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pada sidang akhbar di Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi (LIMA) 2103 di Langkawi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive