11 April 2013

Benda kecik macamni pun hampa tak boleh nak selesai .... macamana?


alt

KEPALA BATAS, 11 April - PAS Pulau Pinang menganggap keputusan Datuk Mansor Othman mengumumkan perkara itu dilihat seolah-olah membelakangi keputusan pakatan pembangkang di peringkat pusat yang diputuskan dua hari lepas.

Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man berkata, ianya dipersoalkan susulan keputusan PAS Pusat yang telahpun bersetuju meletakkan calon dari parti pimpinannya bagi kawasan tersebut.


"Saya bawa balik mandat yang telah diputuskan oleh PAS pusat selepas perbincangan antara tiga parti komponen pakatan pembangkang, iaitu kerusi Sungai Acheh adalah milik PAS.

"Jadi keputusan PAS adalah muktamad bahawa kami akan bertanding di Sungai Acheh dan setakat ini tiada sebarang perbincangan dengan PKR negeri kerana keputusan telah dibuat (perbincangan peringkat pusat)," katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan nama-nama calon PAS Pulau Pinang di Pejabat PAS, Pongsu Seribu, di sini Rabu malam.

PAS meletakkan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Yusni Md Piah untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh yang sebelum ini diwakili calon PKR Azhar Ahamad yang kalah menentang calon Barisan Nasional Datuk Mahmud Zakaria pada pilihan raya umum ke-12.

Mohd Salleh mengumumkan PAS akan bertanding di enam kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen, dengan satu pertambahan kerusi DUN di Sungai Acheh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pada hari Selasa lalu, Mansor dalam kenyataan mengumumkan calon PKR Badrul Hisham Shahrin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Bard akan bertanding di DUN itu pada PRU13.

Sungai Acheh adalah satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal yang dianggap sebagai kerusi tradisi PAS, namun beralih tangan kepada PKR dalam PRU 2008.

Mohd Salleh menjelaskan, beliau juga hairan dengan tindakan Mansor yang mengumumkan nama calon PKR bagi DUN berkenaan sedangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengumumkan calon parti itu di peringkat Parlimen sahaja.

Beliau turut bertegas hanya PAS yang akan bertanding di DUN Sungai Acheh dan berharap PKR dan DAP dapat memberi sokongan kepada calon PAS yang akan bertanding.

Kepada soalan sama ada pertindihan kerusi yang timbul itu disebabkan kepincangan dalam kalangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Mohd Salleh menafikannya dan menganggap itu perkara biasa dan bukan sesuatu yang mustahil.

"Tidak jadi satu benda yang pelik dan mustahil (pertindihan kerusi). Kita tunggu pada hari penamaan calon, siapa yang sebenarnya menjadi calon di situ (DUN Sungai Acheh), tetapi yang penting PAS akan tetap bertanding di Sungai Acheh bagi pihak pakatan pembangkang," tegasnya.

4 comments:

kampong lad said...

pi terjun laut la (jambatan p.pg)

Anonymous said...

Chegu Bard mai bertanding kat DUN ALOR PONGSU..calon sblm ni Mat Nasib Rahin kalah tipis je dgn Sham Mat Sahat...xsmpai 100 undi pun.Tp Sham tu suka dok kacau Dun lain...konon berjiwa rakyat...tp penduduk kt Dun Alor Pongsu tak dijaga aqidahnya...budak2 tak sembahyang yg dok sokong dia.Harap ada org yg lebih popular dari Sham Mat Sahat (bekas tukang kebun)..jd calon PR.Kalau letak Mat Nasib Rahin susah jg sbb Sham lebih popular dari Mat Nasib...maaflah Mat Nasib..

Anonymous said...

kerusi ni PAS tkr dgn PKR. PAS bg krsi Pinang Tunggal dlm Parlimen Kepala Batas.

Anonymous said...

Alor Pongsu bagi kat PAS lah, PKR bukan ada ramai penyokong pun kat situ.

PKR ni tak kan naif sangat sampai tak kenai yang mana pejuang yang mana penyangak, yang mana penyokong suka yang mana penyokong tak suka... kalau penyanyi Dayangku Intan pun hampa boleh ura-urakan bertanding Parlimen Pontian, tak kan Cikgu Bard hampa bubuh di DUN Pulau Pinang? Apa koman sangat ka dia tak layak bertanding Parlimen Rembau atau Parlimen lain? ishh.. ishh.. ishh.. berserabai PKR nih. DS Anwar peka ka pekak? Atau kalau nak bagi selesai PAS ambil Cikgu Bard bertanding Parlimen atas tiket PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive