06 April 2013

Tan Sri Hassan Marican [bekas CEO Petronas] dilantik sebagai pengerusi Pavilion Energy Pte,


APRIL 05, 2013
Tan Sri Hassan Marican dilantik menyertai Temasek pada Mac. - Gambar failKUALA LUMPUR, 5 April — Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Hassan Marican telah dinamakan sebagai pengerusi Pavilion Energy Pte, anak syarikat tenaga baru di bawah Temasek Holdings yang menguruskan pelaburan Singapura.
Hassan yang meninggalkan syarikat minyak negara pada awal 2010 dikatakan mempunyai perbezaan pendapat dengan kerajaan, telah menerima jawatan lembaga pengarah beberapa syarikat antarabangsa dalam sektor tenaga, termasuk pengerusi Singapore Power Ltd semenjak Febuari tahun lalu.
Menurut laporan Bloomberg, Hassan dilantik bersama-sama dengan ketua eksekutif Temasek Seah Moon Hing yang menyertai Temasek pada Mac.
Laporan tersebut mengatakan, Pavilion Energy ditubuhkan dengan permulaan modal dibenarkan S$1 bilion (RM2.47 bilion), untuk mengambil kesempatan daripada permintaan yang semakin meningkat di Asia, terutamanya pada gas cecair asli (LNG).
Syarikat tenaga tersebut dijangka “akan melibatkan diri dan melabur di merata tempat yang mempunyai LNG untuk memastikan bekalan jangka pangjang LNG,” kata Seah dalam satu kenyataan.
“Ini termasuk perdagangan LNG; melabur di samping syarikat-syarikat minyak dan gas antarabangsa sebagai rakan kongsi untuk membangunkan projek-projek LNG; terminal bangunan penyimpanan dan pengegasan semula LNG dan melabur dalam perkapalan LNG.”
Syarikat itu akan memulakan operasi pada bulan September tahun ini.
Hassan telah menyertai beberapa syarikat berkaitan pemerintah Singapura dalam tahun-tahun kebelakangan ini, termasuk SembCorp Industries Limited dan SembCorp Marine Limited. Beliau juga merupakan pengarah di Sarawak Energy Berhad dan syarikat gergasi minyak dan gas Amerika Syarikat ConocoPhillips.
Hassan, 58, merupakan sebahagian daripada ahli lembaga pengarah yang muncul bercanggah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2009-an ke atas pelantikan seorang bekas pembantu kanannya sebagai ahli lembaga pengarah Petronas walaupun Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan ahli lembaga pengarah.
Dilaporkan bekas pembantu Najib, Omar Mustapha Ong, telah ditolak dua kali dan kemudiannya dilantik hanya selepas Najib campurtangan.
Hassan, dilihat sebagai orang yang membawa Petronas, sebuah syarikat milik kerajaan sebaris dengan syraikat minyak dan gas asli dunia.

1 comment:

Anonymous said...

Kelakar betul Melayu umno. Kelakarnya tak berapa. Bodohnya tahap gaban. Tan Sri Hassan ini orang bijak, pengurus yang top tapi bila dapat orang bodoh jadi bos yang dipilih oleh Melayu-melayu yang bodoh maka susahlah Tan Sri ni nak buesia ialah seorang ahli sains dan matematik yang bijak. Pernah mengetuai bahagian R & D, MBB- sebuah syarikat gergasi German yang membuat kerta kebal, kapal terbang, kapal selam dan berbagai lagi kenderaan dan alat berteknologi tinggi. Indonesia tidak membiarkan kebijaksanaan anak bangsa dinikmati oleh orang lain. Dia dipanggil untuk meneraju pembangunan teknologi Indonesia satu ketika dulu. Malaysia pula terbalik!!! Yang cerdik dibiarkan. Diambilk oleh negara asing dan syarikat asing. Itulah cerdiknya pemimpin Melayu yang meneraju kerajaan. Sebelum rakyat Malaysia di luar negara tertipu oleh Talent Corp elok fikir 100 kali sebelum balik ke Malaysia!!! Ingatlah kebijaksanaan anda tidak diperlukan kalau tidak mengkayakan orang UMNO. Yang memerlukan anda ialah UMNO dan bukan Malaysia. Kepada Tan Sri semoga berjaya didunia dan akhirat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive