23 May 2013

Himpunan Suara Rakyat 505 Akan Diteruskan


SAMM pc chegu bard badrul hisham 02
SHAH ALAM 23 MEI : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan Himpunan Suara Rakyat 505 akan tetap diteruskan sekiranya penggerak utamanya sendiri, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard ditahan polis.
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan ketika dihubungi berkata perhimpunan rakyat tanpa mengira pangkat ini akan tetap berlangsung di padang timur di hadapan Amcorp Mall pada malam Sabtu ini.
“Perhimpunan yang dianjur oleh gabungan suara rakyat 505 akan tetap diteruskan walaupun ramai kepimpinan rakyat ditangkap.
“Himpunan ini adalah himpunan rakyat. Semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas oleh rejim legasi penjajah untuk kekal berkuasa.”
Hari ini polis telah menahan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS, Tamrin Ghafar dalam operasi yang berlainan dipercayai berhubung perhimpunan Suara Rakyat 505 yang bakal berlangsung Sabtu ini.
Eddy Noor berkata SAMM mengutuk keras perbuatan pihak berkuasa apabila sanggup menangkap mereka yang bersuara dan mengandaikan Malaysia seperti negara yang tidak merdeka.
“Saya berani mengatakan negara kita ini seolah-olah berada dalam keadaan belum merdeka. Ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan kepada lokap seterusnya didakwa di atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan.
“Ini bukti kegagalan Transformasi (Perdana Menteri) Najib (Razak). Ketika kerajaan yang ada ketika ini masih belum sah, juga tanpa sokongan majoriti.”
Menurut Edy Noor, penangkapan-penangkapan tersebut telah mengejutkan ramai pihak sekaligus menaikkan semangat aktivis, unit amal serta anggota pemuda untuk memastikan perhimpunan ini mengapai matlamatnya. - SUMBER

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive