01 August 2013

'Anjing Berwuduk' - Chetz [Maznah Mohd Yusof] ditahan polis

Pelatih Anjing Ditahan Isu Video Hina Islam
Rakaman menunjukkan Chetz menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.
PETALING JAYA: Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya ditahan polis bagi membantu siasatan.
Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd Yusof, 38, disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.
Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah iaitu seorang pelatih anjing.
Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz, mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.
Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."
Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.

1 comment:

Anonymous said...

Dalam Islam membela anjing dibolehkan untuk tujuan menjaga haiwan ternakan,ladang dan harta benda serta dibiarkan di luar r umah tetapi diharamkan dibela sebagai haiwan kesayangan (pet animal dan dibiarkan didalam rumah kerana air liur,najis dan badan basah anjing adalah najis mughlazah(najis berat)...Saya rasa siPengkid tua ini cetek agama dan celaru peribadi serta suka buat ikut suka jer....Dalam islam yang haram tetap haram sampai bila-bila...jangan persendakan agama suci ini....bertaubatlah segera!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive