Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut menangkis dakwaan bahawa pihak berkuasa agama itu bertindak “seperti Taliban” dalam usahanya untuk merobohkan surau kontroversi di sebuah resort di Johor.
Nooh dengan nada kesal berkata NGO Lawyers for Liberty (LFL) tidak sepatutnya mengumpamakan tindakan MAIJ seperti amalan kumpulan fundamentalis agama di Afghanistan itu.
"Biarlah dia cakap macam itu. Tak payah komen lah. Kita bersangka baiklah. Semua kini dalam siasatan. Yang (gelaran) Taliban itu tak sepatutnya berlaku. Kita bukan Taliban.
"Kita serah pada pihak yang bertanggungjawab untuk jalankan tugas... kita ada undang, polis. Biar dia buat kerja dia. Sekarang dalam siasatan. Kita tunggu sahaja keputusannya. Kita tak boleh ganggu penyiasatan," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.
NGO hak asasi dan reformasi undang-undang tersebut dalam kenyataan di Twitter semalammendakwa demikian susulan rancangan MAIJ untuk merobohkan surau kontroversi yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat itu.
Nooh turut ditanya sekiranya arah kiblat di surau berkenaan boleh diselarikan semula dengan tanda arah yang baru, tanpa melibatkan perobohan struktur berkenaan.
Mengulas perkara itu, Noh berkata pihaknya mendapati arah kiblat di surau berkenaan telah tersasar jauh.
"Sekarang ini awak tahu tak kiblat itu dah tersasar (jauh). Bukan sahaja tak menghadap Kaabah tapi tak menghadap Tanah Haram. Biarlah mereka ini buat kerja," katanya lagi.
Dalam kenyataannya semalam, Nooh dilaporkan berkata soal untuk merobohkan surau tersebut akan hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam masa sebulan lagi.
Surau yang terletak dalam kawasan sebuah resort di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu.
Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

No comments:
Post a Comment