PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Jumaat membatalkan sabitan terhadap dua pegawai polis unit tindakan khas berhubung kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mahkamah menerima rayuan yang difailkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan membebaskan kedua-duanya.
Mahkamah rayuan, pada 10 Jun, membenarkan Sirul Azhar untuk memasukkan dua alasan baru, termasuk bantahan, dalam usahanya untuk mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengisytiharkan perbicaraan silap.
Bagaimanapun, kerajaan masih boleh merayu terhadap keputusan itu pada Jumaat di Mahkamah Persekutuan.
Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan disabitkan hukuman mati pada tahun 2009 kerana membunuh Altantuya, yang ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober, 2006.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang didakwa kerana bersubahat dengan mereka, telah dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
2 comments:
,
Heran jugak ye... PAS yang kononnya ada nama Islam pada partinya .... sering melaung-laungkan merekalah pejuang Islam.... malah bertakbir untuk menunjukkan mereka adalah lebih Islam dari orang lain.... TETAPI... tak ambil kisah langsung pasal Isu Kalimah Allah yang permohonan pihak Gereja membuat rayuan di mahkmah telah ditolak, semalam.... Malah, Harakah langsung tak siarkan walau sepatah ayat pun berita mengenainya..... KENAPA..???
ALLAH itu tak penting bagi PAS ke?metallica Mesir tu lebih penting ke PAS atau hamPAS ?NAUZUBILLAH! Macamana Allah SWT nak tolong PAS ......NAMA ALLAH pun PAS taksanggup PERTAHANKAN? Malah setuju lagi diganti ye ke?takot benor dengan DAP dan PKR yeee?tapi tak takot ALLAH SWT?
altantuya bukan di bunuh dan juga
bukan bunuh diri. kes spt beng hock
Post a Comment