16 August 2013

Proton Lancar 'Suprima' Sabtu Ini


PETALING JAYA: Syarikat kereta nasional, Proton akan melancarkan model terbaru produk keluaran mereka Sabtu ini, model tersebut diramalkan versi 'hatchback' sedan Preve.
Menurut beberapa laman web kenderaan bermotor, model terbaru itu akan dikenali sebagai 'Suprima'.
Penasihat Proton yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melancarkan model terbaru tersebut di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di Kuala Lumpur.
Walaupun tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai model terbaru ini, kereta berkenaan didatangkan dengan binaan dalaman yang lengkap.
Jemputan perasmian juga menunjukkan sebuah model kereta sedan lima pintu yang dikatakan mirip reka bentuk asal kereta tersebut.
Model sedan Preve dilancarkan April tahun lepas dan didatangkan dengan tiga pilihan warna.
Ia boleh ditempah dengan model 1.6 liter turbo atau enjin bukan turbo, dan transisi manual atau automatik.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive