12 November 2013

Inilah Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak Ahmad Rafli


Lakaran wajah suspek yang menembak mati Ahmad Rafli Abdul Malek.
KUANTAN: Polis Pahang pada Selasa mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.
"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Dalam kejadian 1.55 petang Ahad lalu, Ahmad Rafli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpa mangsa di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.
Mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih.
Media melaporkan Ahmad Rafli ketika ini sedang mengendalikan beberapa kes besar termasuk memantau kegiatan pengikut fahaman Syiah serta satu ajaran sesat yang dikenali sebagai, 'Tuhan Harun'.

alt
KUALA LUMPUR 12 Okt - Polis tidak menolak kemungkinan kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik bermotifkan dendam dan rasa tidak puas hati.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, menasihatkan 31 pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ agar menyerah diri bagi membantu siasatan kes pembunuhan.

“Kita akan mengesan semua individu diperlukan bagi membantu siasatan termasuk 31 pengikut ajaran Tuhan Harun dan mereka dinasihatkan menyerah diri bagi membantu siasatan.

Polis mengambil serius dan bimbang jika kumpulan ajaran sesat itu boleh bertukar menjadi kumpulan militan dan polis sentiasa memantau perkara itu,” katanya ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, semalam.

Menurutnya, polis akan melihat daripada semua sudut siasatan kes berkenaan untuk melihat jika mangsa mempunyai musuh atau sebaliknya dan pasukan khas sudah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut.
Sementara itu, polis hari ini mengedarkan fotofit seorang suspek utama kes tembak seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Indera Mahkota 2, kelmarin.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berharap menerusi fotofit itu orang ramai dapat membantu polis dalam mengesan suspek dan seterusnya menyelesaikan kes tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive