18 November 2013

Shaheizy Sam Ditanam Hidup-Hidup


Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Kita semua akan mati. Cuma tak tahu bila giliran kita. Bagi pelakon Shaheizy Sam, pengalaman dikambus dalam lubang kubur adalah satu pengalaman yang cukup menginsafkan dirinya. Walaupun hanya beberapa minit, apa yang dilaluinya itu tak akan dilupa sampai bila-bila.
Dikambus dalam lubang kubur dalam keadaan hujan lebat. Dengan tanah merah berlumpur. Cabaran itu disahut Sam bagi menjayakan salah satu babak dalam filem terbarunya, Kisah Paling Gangster.
"Satu pengalaman baru bagi saya. Ia menguji mental dan sangat menguji kesabaran. Masa saya kena kambus tu macam-macam yang saya fikirkan. Rasa takut dan macam-macam lah yang ada dalam kepala ni. Dalam keadaan hujan pula tu, basah dan berlengas.
"Saya rasa masa tu seksi saya dah hilang. Saya macam nak balik rumah cepat nak mandi", kongsi Sam sambil sempat bergurau, ketika ditemui pada malam previu Kisah Paling Gangster bertempat di GSC One Utama, baru-baru ini.
Dalam filem arahan Brando Lee ini, Sam memegang watak sebagai Remy, seorang paramedik yang pendiam, pemalu dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya.
Namun satu insiden berlaku lantas merubah hidup Remy apabila dia akhirnya terjebak dengan kumpulan gangster. Sejak menyertai kumpulan itu Remy bukan lagi lelaki yang lembik dan dia dikehendaki melakukan kerja kotor dunia gelap itu selepas dilatih oleh ketuanya, Megat.
Kisah Paling Gangster bakal ditayangkan di pawagam mulai 21 November ini.



- mD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive