19 November 2013

TERKINI - [11pg/19 Nov] : Budak Lelaki Hilang Di Villa Nabila Ditemui


Usaha mencari budak lelaki berusia 16 tahun di Villa Nabila.
JOHOR BAHRU: Budak lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, sebuah banglo yang terbiar di sini dan disenaraikan sebagai salah sebuah dari lima tempat paling menyeramkan di negara ini, telah dijumpai.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, dikatakan telah berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, di sini.
Ibunya Norhayati Mohamad, 39, berkata, polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui di sekitar pukul 2 pagi Selasa.
"Saya lega kerana saya benar-benar percaya bahawa makhluk halus telah mengambil anak saya," katanya ketika dihubungi.
Norhayati berkata, beliau berjaya bercakap dengan anaknya secara ringkas dan anaknya memberitahu bahawa dia telah terlupa untuk memberitahu ibunya di mana dia berada.
"Dia tidak pernah hilang seperti ini sebelum ini, sekarang saya hanya berasa lega, " katanya, sambil menambah anak lelakinya itu masih disoal siasat oleh pihak polis pada masa ini.
Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki bangunan terbiar di Danga Bay di sini pada sabtu.
Turut dilaporkan bahawa sekumpulan 23 kanak-kanak juga telah hilang.
Polis, bagaimanapun, menafikan laporan yang kedua.
Portal pelancongan yang berpangkalan di AS, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.
Banglo ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Selat Johor.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin. Pic: blogspot.comMohamad Izzat Izzudin Hussin. Pic: blogspot.comJOHOR BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.
"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.
"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive