04 December 2013

Lagi kejadiian runtuh di Terengganu Darul Runtuh - kali ke 3 untuk tahun ini

Post Pic
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata sebuah lagi insiden bumbung runtuh telah berlaku di Terengganu, kali ini di Bangunan Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (Tatluc) di Teluk Kalung, Kemamam, kelmarin.
Katanya, bumbung dewan kolej tersebut runtuh dalam tempoh kurang dari 14 bulan selepas siap dibina.
Kecewa dengan insiden yang sama, beliau berkata ia terjadi ekoran pelaksanaan dan urus tadbir yang lemah.
Katanya, bangunan berharga RM17 bilion itu dibuka pada Oktober lalu dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pada satu masa.
Paling mengecewakan, katanya, kejadian seumpama itu adalah yang ketiga berlaku tahun ini di negeri itu.
"Insiden runtuh di Terengganu sedikit sebanyak mencerminkan nilai moral kerajaan negeri kerana setakat ini masih tiada sebarang tindakan dilakukankan termasuk melibatkan kes lepas," katanya.
Raja Bahrin turut berkata, beliau pernah membangkitkan isu berkenaan di Parlimen mengenai status kontraktor yang dilantik kerajaan bagi membina struktur bangunan tersebut dan jawapan diberikan hanyalah disenaraihitamkan.
"Agak mengejutkan apabila kita mendapati kontraktor yang memasang bumbung di masjid Kampung Tebauk adalah sama dengan Masjid Kampun Batu Putih.
Insiden runtuhan bumbung yang kerap kali berlaku menyebabkan Terengganu kini lebih dikenali sebagai Terengganu Darul Runtuh lebih-lebih lagi setelah kejadian runtuh di negeri itu dibuku dan ditulis oleh Dr Syed Azman.
"Sekiranya apa yang kerajaan katakan adalah benar apabila mendapati kejadian berpunca daripada kecuaian dan telah disenaraihitamkan, jadi syarikat tersebut boleh mendapat kontrak kerajaan.
"Dan lagi mengejutkan apabila syarikat tersebut masih lagi beroperasi dan telah menyiapkan beberapa lagi bangunan di Terengganu yang masih belum runtuh," katanya.
Beliau turut mendakwa tidak mustahil kontraktor tersebut mempunyai pengaruh besar di belakang mereka menyebabkan ia kebal daripada undang-undang.
"Selagi nilai moral kerajaan tidak diperbaiki, maka kita akan menyaksikan kejadian menakutkan ini akan berlaku berulang kali," katanya.
Beliau juga mengkritik kerajaan Terengganu kerana dilihat mengambil sikap acuh tidak acuh akan hal serius tersebut dan masih belum mengemukakan sebarang penyelesain.
Terdahulu pada Jun 2009 bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM292.9 juta runtuh menyebabkan lima pekerja cedera.
Ia disusuli runtuhan bumbung Masjid Kampung Batu Putih di Kerteh, Kemamam pada Oktober 2009 yang turut mengakibatkan tiga orang cedera.
Mei tahun ini, bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas di Hulu Terengganu pula runtuh.
Terbaru, bumbung masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal yang memakan kos pembinaan sebanyak RM6 juta turut dilaporkan runtuh.- antarapos

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive