13 December 2013

Umno terlibat dengan komunis.

  • Mahfuz OmarMahfuz Omar
 1 / 1 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pas mendakwa 10 bukti didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengaitkan orang nombor duanya  dengan fahaman Syiah, tidak kukuh.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia berdasarkan pendedahan KDN yang hanya merujuk kepada sumber-sumber tertentu dan bukannya bukti sahih.

“Rakyat boleh menilai sendiri pendedahan tersebut. Bukti KDN tidak kukuh kerana mereka hanya buat rujukan dengan  sumber.


“Saya percaya KDN berbuat begini hanya kerana mereka dicabar dedahkan bukti. Bagi kita, ini bukan isu besar tapi mengarut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas pendedahan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar semalam mengenai 10 bukti yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas dengan fahaman Syiah.

Mahfuz berkata, tidak wajar mengaitkan seseorang itu dengan Syiah hanya kerana beliau mengagumi dan pernah melawat pemimpin Syiah.

“Tindakan KDN ini seolah-olah mengatakan sesiapa saja yang pernah berjumpa dengan pemimpin sesuatu amalan, maka dia juga mengikuti amalan itu.

"Kalau begitu, kita boleh kata (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (bekas Perdana Menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad) komunis kerana mereka pernah jumpa dengan pemimpin komunis,” katanya.

Ditanya adakah Pas akan mengambil tindakan memandangkan KDN menyebut terus nama pemimpin parti itu, Mahfuz berkata:

“Tindakan kita selepas ini ialah kita akan menyenaraikan 10 bukti Umno terlibat dengan komunis." - Sinar Harian

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive