29 March 2014

Memali : Mahathir kata dia tak ingat



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985.

Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam).

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini.



Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Peristiwa bersarah Memali berlaku apabila kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan seorang pendakwah, Ibrahim Libya kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.

Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh. - malaysiakini

3 comments:

Anonymous said...

Dah bunuh orang pun boleh lupa lagi ka. Memang hang mudah lupa.
Tapi orang tak akan lupa siapa yg arahkan pembunuhan itu.

Memang mati hang akan sial.

Anonymous said...

Anak Keling Kutty ni bijak PutarBelit .bila fakta dah terdedah,dia kata tak ingat,memang jenis manusia Barua.kita tengok Drama PutarBelit dari sekor Keling Kerala ni.

Anonymous said...

mamak munafik anti hadis nak tunggu dulu..sbb nak fikir macam,mana nak putaq.....sekarang dah terketaq-ketaq.....hukum karma dah mula hampiaq...utk manusia yg tak sed q-sedaq..hihihihihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive