01 March 2014

Pengawal keselamatan rogol adik dipenjara 16 tahun

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 16 tahun dan dikenakan 20 sebatan oleh mahkamah sesyen semalam, selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol adik kandungnya, awal bulan lalu.

Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan 10 sebatan ke atas lelaki berusia 28 tahun itu bagi setiap tuduhan, serta memerintahkan hukuman itu berjalan secara berturutan.

Dia didakwa merogol adiknya yang berusia 20 tahun sebanyak dua kali di rumah mereka di Taman Ukay Bestari, kira-kira jam 8 pagi pada 14 dan 16 Februari.

Ketika menjatuhkan hukuman itu, Manira berkata, sebagai abang sulung, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada adiknya, bukan alat pemuas nafsu.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadzlin Abd Zawawi berkata, tindakan tertuduh merogol mangsa diibaratkan seperti 'harapkan pegar, pegar makan padi’.

Dalam kejadian pertama, pengawal keselamatan itu menarik mangsa ke dalam bilik sebelum memaksanya membuka tuala dan mangsa dipukul di perut.

Dua hari selepas itu, dia masuk ke bilik adiknya dan merogol mangsa sekali lagi.

Kali ini gadis berkenaan dipukul di muka dan kepala ketika cuba menjerit meminta tolong.- SH 1/3/14

1 comment:

Anonymous said...

abang haram jadah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive