13 March 2014
Tragedi MH370 : Kelam kabut di Hotel Sama-Sama KLIA kononnya pesawat dah jumpa...
Ini cerita dari pusat operasi media MH370 Hotel Sama-Sama KLIA pada malam Rabu lebih kurang 10.30 malam.
Al Kisah kononnya akan ada sidang media tergempar, entah dari mana dan siapa bawa cerita, kelam-kabut wartawan berkejar ke sana.
Ada yang sudah balik selepas sidang media terakhir jam enam petang Rabu, terpaksa berkejar semula. Ada krew yang terpaksa standby jika ada sidang media, walaupun Jabatan Penerangan kata tidak ada.
Misteri kepada tiba-tiba ada sidang media tersebut terjawab sebelas CNN menyiarkan imej satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan.
Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kedudukan longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud.
Bagaimanapun, Ketua Penerbangan Awam China berkata bahawa tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan dari satelit itu berkaitan dengan pesawat MH370 Malaysia yang hilang.
"Satelit China menjumpai asap dan objek terapung.. pada masa ini kami tidak dapat mengesahkan ia berkaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang," Li Jiaxiang memberitahu wartawan semasa mesyuarat tahunan Parlimen China.
Objek-objek terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.
Kementerian Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan China yakin penemuan ini adalah petunjuk baru kepada kes kehilangan MH370.
Sementara itu pagi Khamis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China itu pagi ini
Perkara ini disahkan melalui pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui laman Twitternya hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.
Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael McKay.
Menurut beliau dia melihat pesawat yang terbakar di di udara kira-kira 50 - 70km dari lokasi beliau.
"Saya percaya telah melihat kapal terbang Malaysia Airlines terjunam. Masa yang tepat ," kata Encik McKay dalam e-mel.
" Saya memerhatikan ia terbakar pada di udara,"ujar beliau.-13/3/2014 - Agenda Daily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment