10 March 2014

Tragedi MH370 : Penumpang Guna Pasport Curi Ada 'Ciri Asia'


Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 1:32 PM


Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua penumpang yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines yang hilang dengan 239 orang di atas kapal mempunyai 'ciri-ciri wajah Asia', menurut laporan.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang di antara perairan Malaysia dan Vietnam kira-kira sejam selepas berlepas awal pagi Sabtu.

Kebimbangan serangan keganasan muncul selepas pendedahan bahawa sekurang-kurangnya dua penumpang menaiki kapal terbang dengan pasport yang dicuri, seorang dari pemilik asal dari Itali dan seorang dari Austria.

Pemilik-pemilik asal pasport didapati selamat.

"Saya masih hairan mengapa (pegawai-pegawai imigresen) tidak boleh berfikir: Orang Itali dan Austria tetapi dengan ciri-ciri wajah Asia," kata Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Malaysia Bernama.

Laporan itu tidak memberikan ulasan lanjut. Pegawai Malaysia sebelum ini berkata mereka telah memeriksa imej CCTV penumpang tersebut.

"Kami akan menjalankan siasatan dalaman, khususnya kepada pegawai-pegawai yang bertugas di kaunter imigresen KLIA semasa penerbangan MH370," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Zaid menteri keturunan ponorogo ni patut berenti aja atau pun diberentikan. terang lagi nyata memang tak tau buat kerja. Habiskan duit kerajaan aja bayar gaji puluhan ribu. Segala2 dibawah kepimpinan awak semua palsu. Bukan setakat dibekalkan IC aja palsu kpd rakyat Indon sampai nyawa rakyat sendiri tergadai. Ini passport palsu pulak boleh sewenang2nya lepas emigration check point kat KLIA. Selagi menteri ponorogo ni dikekalkan sbagai Menteri Dlm negeri, makin bertambah nyawa rakyat tak bersalah akan menjadi korban.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive