Sabtu, 26 April 2014 11:18 |
Iskander Amien De Vrie, anak lelaki kepada bekas politikus Belanda yang dulunya anti-Islam, Arnoud van Doorn, akhirnya telah mengikuti jejak langkah ayahnya menjadi seorang Muslim.
Sepertimana orang tuanya, De Vrie menemui hidayah setelah mempelajari al-Quran. “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad (SAW) adalah hamba dan utusanNya yang terakhir,” lafaz Iskander ketika mengucapkan kalimah syahadat seperti yang dilaporkan oleh Khaleej Times pada hari Isnin baru-baru ini (21/4/14). Iskander adalah salah seorang daripada 37 orang yang memeluk Islam ketika berada di Dubai International Peace Convention. “Saya melihat ayah saya menjadi lebih tenang selepas memeluk Islam. Pada ketika itulah saya menyedari ada sesuatu yang baik dalam agama ini, dan itulah yang akhirnya mengubah persepsi saya tentang Muslim,” kata anak Doorn itu lagi. Sejak melihat perubahan pada ayahnya, Iskander mengaku bahawa dia mula tergerak hatinya untuk mempelajari al-Quran. Dia juga sering meluangkan waktunya untuk mendengar ceramah daripada para ulamak terkemuka. Arnoud van Doorn dulunya adalah mantan anggota Parti Kebebasan (PVV), sebuah parti politik sayap kanan yang beraliran ekstrim di Belanda. Dia merupakan salah seorang daripada para pemimpin PVV yang membantu menghasilkan sebuah filem provokatif yang berjudul ‘Fitna’ pada tahun 2008 yang mana isi filemnya mengaitkan Islam dan al-Quran dengan keganasan. Namun kini siapa yang menyangka bahawa insiden tersebut telah membawa van Doorn kepada cahaya kebenaran Islam. Tahun lepas, dia telah membuat keputusan untuk menjadi seorang Muslim setelah mempelajari al-Quran secara mendalam dan membaca lebih banyak tentang Islam dan Nabi Muhammad SAW. “Sehingga sekarang saya masih amat menyesal kerana telah mengedarkan filem (Fitna) tersebut. Saya merasa bertanggungjawab untuk memperbaiki kesalahan yang telah saya lakukan di masa lalu,” kata Doorn sepertimana yang dipetik daripada OnIslam.net. “Untuk itu, saya ingin menggunakan segala bakat dan kemampuan yang saya miliki dalam cara yang positif dengan menyebarkan kebenaran tentang Islam.” sumber: republika.co.id/mykhilafah.com |
26 April 2014
Anak Lelaki Pembuat Filem “Fitna” Peluk Islam ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment