03 April 2014

Gossip : Zul Huzaimy bercinta dengan isteri orang?



Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 12:34 AM

Zul menafikan teman wanitanya masih bergelar isteri orang.

PETALING JAYA: Pelakon Zul Huzaimy menyangkal laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa teman wanitanya masih bergelar isteri orang.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 36, berkata, dia hairan bagaimanapun gosip berkenaan timbul dan menegaskan gosip berkenaan sama sekali tidak berasas.
"Saya tidak nafikan wanita berkenaan adalah teman wnaita saya tetapi dia bukanlah isteri orang seperti yang didakwa. Ia sama sekali tidak benar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Dalam pada itu, Zul enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbaharu itu dan menyifatkan ia sebagai perkara remeh.
Jelas pelakon itu lagi, dia juga tidak kisah tentang apa juga pandangan orang lain terhadap kehidupan peribadinya kerana ia tidak memberi kesan kepadanya.

Zul turut memuat naik sekeping gambar bersama seorang wanita dengan panggilan 'sayang' yang didakwa teman wanitanya.
"Biarlah orang hendak kata apa pun kerana saya lebih tahu siapa dia dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara itu," ujarnya.
Bagaimanapun Zul tidak menafikan dia mula bercinta dengan wanita berkenaan sejak setahun lalu namun masih belum terfikir ke arah perkahwinan buat masa ini.

Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin dengan Nor Dalilah Muhammad, 31, pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan bercerai talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang.
Dalam perkembangan lain, Zul berkata dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudulKarambit bersama Eman Manan untuk siaran RTM.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive