23 May 2014

Bangunlah, seorang Melayu yang ditakuti Umno

Pegawai polis John Brown selalu benci saya.
Untuk apa yang saya tidak tahu.
Setiap kali saya menanam biji benih, dia berkata, "Bunuh ia sebelum ia tumbuh."
Dia berkata, "Bunuh mereka sebelum mereka tumbuh." - Bob Marley, I Shot the Sheriff.
Kemasukan Dyana Sofya Mohd Daud ke dalam arena politik diterima dengan serangan bertubi-tubi oleh segelintir mereka yang berjawatan tinggi dalam Umno: Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua Wanita Umno dan tidak lain tidak bukan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tetapi mengapa seorang ahli politik mentah seperti Dyana menerima perhatian yang banyak daripada mereka yang berkuasa dalam kerajaan? Saya berpendapat ia adalah kerana dia mewakili semua ciri-ciri yang Umno tidak mahu lihat pada kaum Melayu - berkebolehan, yakin dan bebas.
Tidak terikat daripada budaya bergantung kepada tongkat tidak sihat yang dicipta dan dikukuhkan oleh Umno melalui propaganda dan ketakutan yang berterusan - semuanya untuk mengekalkan kuasa Umno di Malaysia.
Pembebasan daripada budaya tongkat yang dihasilkan Umno menjadi titik permulaan kepada berakhirnya kekuasaan Umno kerana ia bermakna Umno tidak lagi boleh mengambil mudah undi Melayu yang menjadi lubuk undi mereka sejak Merdeka lagi (kecuali pada 1999).
Inilah sebabnya mengapa mereka sanggup membunuh karier politik Dyana Sofya sebelum ia bermula. Dyana Sofya merupakan ancaman yang lebih besar daripada tokoh-tokoh pembangkang Melayu yang  lama berada dalam persada arena politik hanya kerana motifnya yang tidak boleh dipersoal.
Mengikut definisi Umno, Nurul Izzah Anwar adalah sebahagian daripada dinasti politik, Ariff Sabri adalah seorang Umno yang tidak berpuas hati dan Zairil Khir Johari bukanlah seorang Melayu tulen.
Bagaimanapun, bukanlah senang untuk memburukkan seseorang seperti Dyana Sofya, terutamanya dalam perkiraan mereka, dia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk hilang segala-galanya. Dia adalah seorang Melayu kelas tengah yang membesar di Malaysia dan berkelulusan dengan ijazah perundangan daripada UiTM.
Yang lebih menonjol, ibunya seorang ahli Umno. Dia seolah-olah adalah sebahagian daripada produk yang dihasilkan daripada kilang Umno. Kehidupan yang selesa sudah ada di depan matanya jika dia memilihnya seperti apa yang dipilih oleh orang sebelumnya. Bagaimanapun, dia menolak jalan tersebut untuk jalan yang berliku dan penuh dengan cabaran.
Hari ini dia bertanding atas tiket DAP dan lantang bersuara menentang ketidakadilan oleh kerajaan persekutuan yang dikepalai oleh Umno. Dia tidak melakukan ini kerana dia tidak bersyukur atau seperti "kacang lupakan kulit", tetapi dia mengiktiraf dia berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membayar cukai dan kepada seluruh warganegara Malaysia keseluruhannya.
Ini adalah sesuatu yang asing atau tidak dapat diterima oleh kepimpinan Umno kerana mereka masih bertakuk dalam pemikiran feudal. Dan perkara ini menghantui mereka.
Ia menakutkan mereka kerana mungkin ada ramai lagi yang seperti Dyana Sofya di luar sana. Orang Melayu yang suara hatinya tidak boleh dibeli dan tidak akan tunduk kepada pemikiran feudal pemimpin-pemimpin Umno.
Orang Melayu yang memilih untuk hidup dalam sinaran kebenaran, kesaksamaan dan keadilan, dan berniat untuk membina Malaysia yang lebih baik dengan seangkatan warganegara Malaysia yang lain.
Tiba masanya untuk kita menunjukkan Umno mereka berhak rasa takut dengan perkembangan ini. Bangunlah wahai Melayu yang berkebolehan, yakin dan bebas! – 23 Mei, 2014
* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.
Artikel ini diterjemahkan daripada tulisan asal Umran Kadir bertajuk Arise, the Malay that Umno fears.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive