04 October 2014

PKR, DAP tinggalkan PAS dalam buat keputusan...

Selepas krisis jawatan Menteri Besar Selangor mulai reda dengan pelantikan Mohamed Azmin Ali, PAS kini menuntut agar PKR dan DAP tidak melampaui perjuangan bersama di dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata, konsep tahaluf siyasi yang dimeterai sejak 2008 lalu tidak harus dicemari dengan unsur khianat di antara satu sama lain.

"Tahaluf siyasi kita ini bersyarat. Jangan khianat rakan-rakan kita sendiri. Jangan berkata yang bukan-bukan. Jika berpakat buatlah cara berpakat. Kita baru bertunang, belum kahwin lagi.


"Bila memaksa kita (ikut kemahuan PKR dan DAP), kita merasa payah sangat. Rasa macam tak usahlah bernikah. Kalau mahukan kita, tolong jangan buat perangai negitu lagi. Tolong, raikan pandangan kita walaupun berbeza," katanya pada satu forum PAS di Tebuk Pulai, Sabak Bernam.

Khairuddin turut merujuk kepada tuduhan 'pengkhianat' yang dilemparkan DAP kepada empat bekas exco PAS yang bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam tempoh peralihan kuasa sebulan yang lalu.

Katanya, PAS terkilan dengan kenyataan itu sedangkan parti Islam itu melihat kepada skop yang lebih luas berbanding perjuangan politik peribadi dan kepartian sahaja.

Forum berkenaan diadakan untuk merungkai kekusutan ahli-ahli PAS terhadap kemelut politik semasa di Selangor yang kebelakangan ini menyaksikan serangan terbuka terhadap ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Menjelaskan isu berkaitan Khairuddin menyelar sikap penting diri PKR dan DAP dalam membuat kebanyakan keputusan, dan segera melabelkan ia sebagai 'keputusan majoriti'.

Sebagaimana pendirian Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini, Khairuddin meluahkan rasa kecewanya apabila presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sentiasa disisihkan.

"Hadi buat keputusan untuk mengekalkan Khalid (selepas PRU-13). Ini adalah ijtihad Hadi sebagai seorang presiden meskipun kita tak buat mesyuarat. Dan selepas kita adakan mesyuarat, PKR-DAP-PAS setuju untuk pilih Khalid (MB Selangor PRU-13).
  
"Jadi apabila tiga parti setuju, tiba-tiba kalau nak gugur Khalid pula kaedahnya bagaimana? Kena dapatkan persetujuan ketiga-tiga parti jugalah. Mana boleh dua parti sahaja," tambahnya sambil membidas keputusan gopoh PKR dan DAP yang dibuat dahulu untuk menyingkirkan Khalid.

Walaupun sentiasa melaungkan sikap kebersamaan di dalam Pakatan, PKR dan DAP daripada awal lagi gagal menerapkan 'konsensus Pakatan Rakyat' yang sering dilaungkan dua parti itu sebelum ini, katanya.

Langkah Kajang yang diusulkan untuk menjatuhkan Khalid diteruskan walaupun tanpa 'restu' dari PAS, tambahnya.

"Mereka minta pandangan PAS, tapi tak sempat buat keputusan DUN Kajang sudah kosong. Itu bukan tanya untuk mendapatkan pandangan, itu paksaan.

"Selepas menang PRK Kajang sehinggalah kepada bulan Ramadan lalu, mereka terus memaksa untuk tukar Khalid. Kita ajukan apa hujah untuk tukar? Majlis Syura PAS dan presiden mahu Khalid dikekalkan. Adakah apa yang disebut Hadi itu di luar keputusan mesyuarat? 

"Tidak, kerana Hadi membawa keputusan bersama 6 Januari lalu. Namun akhirnya Hadi diserang dengan mengatakan ia sebagai pandangan peribadi," kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu lagi.

Maka tegasnya, sejak dari awal lagi PAS berpegang kepada kaedah untuk menggugurkan Khalid perlu melalui kaedah tertentu dan sekiranya beliau disabitkan dengan isu integriti.- 4/10/2014

3 comments:

Anonymous said...

Dalam perjuangan parti kalau presiden nak m,embuat ijtihad pun biarlah dengan fakta bukan dengan sedap mulut apa ke jadahnya kalau berijtihad dengan mencaci rakan seperjuangan walau pun berlainan prinsip adakah itu sikap dan amalan dalam perjuangan PAS bila tidak setuju terus buat kenyataan terbuka atau dalam forum kononya untuk menjelaskan kepada ahli bawahan.adakah AJK syura dan presiden sedar kami dibawah sana sedang menghadapi cemuhan dari parti yang menentang PR mereka mengatakan PAS bodoh melantik presiden yang tak tahu menghormati rakan ,kenapa dalam mesyuarat Majlis presiden tidak mahu bersuara dan kenapa bila sudah ada keptusan mesyuarat lain pula yang dicakapkan walhal wakil presiden sudah buat keputusan dalam mesyuarat itulah yang sepatutnya dijelaskan oleh ahli penal dalam forum bukannya menambahkan lagi kekeruhan masaalah dengan menuding jari kearah PKR dan DAP kami penyokong muda PAS tapi rasa kecewa dengan tuduhan sebegini kearah rakan kita yang sama-sama berjuang untuk melawan UMNO / BN fikirlah sebelum pemimpin ditolak sepenuhmya.

Anonymous said...

Satu saja yang saya nampak....PAS ni terlalu lembab dalam segala-galanya. Orang nak buat keputusan cepat, dia masih teragak-agak, terkedek-kedek. Akhirnya kena tinggallah.... Sape nak tunggu.

Anonymous said...

Orang caci kita adakah kita nak diam dan bersabar aje. Adakah itu konsep sabar dalam Islam?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive