24 May 2014

Shabery Chik tolong lap mulut anda


Oleh Mohd Sayuti Omar

Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Shabery Chik mempersoalkan kenapa Pas boleh menyokong Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP sedang parti itu menolak hukum hudud.

Kata Shabery juga, Pas mengambil Islam sebagai topeng dan ia bukan sebuah parti Islam tulen. Katanya lagi Pas tidak mempunyai prinsip dan ideologi yang tetap selain senantiasa merarucni pemikiran dan memecah belahkan rakyat demi kepentingan politik mereka.




Aduh sedap berkata-kata tanpa menilik apa yang ada di kaki sendiri. Apakah Umno tidak merupakan agen memecahkan perpaduan rakyat? Bukankah Umno mengamalkan dasar dive and role yang diajarkan oleh penjajah?



Untuk menjustifikasikan dakwaannya beliau mengungkit Pas gagal melaksanakan hudud sedangkan Malaysia sudah diikhtiraf oleh negara OIC sebagai negara maju. Shabery hendak menunjukkan yang Umno lebih Islamik dari Pas.

Mudah sahaja kita nak tanya apakah setiap negara di ikhtiraf oleh OIC itu ia merupakan negara Islam tulen. Apakah lesen atau kapisiti OIC. Tampaknya dalam memahami akan status atau pun kedudukan OIC ini menteri itu kabur. OIC hanya sebuah pertubuhan negara-negara yang memperakui diri mereka Islam. Tidak lebih daripada itu.

Cuba jenguk ke dalam negara-negara berkenaan macam mana dengan kebajikan rakyat, ekonomi, keselamatan, ketelusan dan kebersihan dalam pentadbiran dan sebagainya. Apakah bila Malaysia masuk dalam OIC ia menjadi sebuah negara Islam syumul?

Saya tidak fikir pengetahuan atau politik Shebery secetek itu, sama tinggi dengan veteran Umno bernama Mustapa Yaakub yang mendesak Setiausaha Agung Umno supaya pecat ibu Dyana, Yammy Samad kerana Yammy menyokong Dyana. Apakah veteran berkepala botak itu tidak memahami perasaan di antara ibu dengan anak yang tidak boleh dipisahkan oleh tali politik? Gong.

Mengenai sokongan Pas kepada Dyana, apakah Shebery tidak faham bahawa Pas bersama DAP dalam Pakatan Rakyat. Sebagai rakan Pas harus gentlemen menyokong rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. Kedudukan dan pendirian Pas samalah dengan kedudukan dan pendirian Umno terhadap rakannya dalam BN, seperti Gerakan dan MCA dan lain-lain.

Sokongan Pas kepada Dyana samalah dengan sokongan Pas kepada Ramkarpal Singh di Bukit Gelugur. Kenapa Shabery tidak persoal pula sokongan Pas di Bukit Gelugur? Apakah kerana kehadiran Dyana Sofya di Teluk Intan itu akan membunuh harapan Umno menjadikan Umno akan tewas tiga kali dalam masa tidak sampai empat bulan?

Kita hendak tanya apakah bila kerana Mah Siew Keong calon BN itu tidak menyokong dasar atau prinsip Umno, maka Umno perlu menolaknya dalam pilihan raya. Tentu tidak bukan? Umno atau Shabery akan menyokong Mah Siew Keong sampai keluar air hidung dan bersyarah hingga berbuah mulut tanpa dihalang oleh warna kulit kerana Gerakan parti Mah Siew Keong itu adalah kerabat mustajab Umno dalam BN.

Itulah ada standard dalam politik. Soal DAP menolak hudud itu dan Dyana menyatakan dia tidak akan sokong kalau Pas kemukakan private bill itu perkara lain dalam konteks pilihan raya dan maufakat. Hey Shabery Islam terlalu seni dan adil, bukan bermakna kalau anda pegang botol arak anda sudah kemabukan. Menolak hudud itu adalah hak DAP, sama dengan hak PAS menolak pendirian-pendirian lain DAP dalam agama dan bangsa tetapi selagi persapakatan wujud mereka harus saling sokong menyokong.

Kalau hendak diambil kira dan menuduh Umno juga sama degan DAP jika berpandukan kepada apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Terengganu yang dikuasai Umno dimana dewan itu telah tolak hukum hudud. Apakah dengan apa yang berlaku di DUN Terengganu itu menggambarkan sikap dan wajah keseluruhan Umno? Ia juga menggambarkan hati budi Shabery Chik.

Begitu juga dengan sikap Umno yang tidak bersetuju dengan pandangan dan sikap Gerakan dan MCA di dalam BN. Apakah didalam BN itu Umno menyokong dan bersetuju seratus peratus dengan kehendak Gerakan dan MCA? Tidakkan?

Misalnya Cina tetap mahukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina diwujudkan, manakala Umno inginkan satu sekolah sahaja, venkular. Apakah kerana perbezaan itu menyebabkan Umno tidak akan sokong MCA atau Gerakan. Tidakkan?

Kepada Shabery carilah isu lain yang lebih ampuh kalau pun hendak 'gerodok' Pas. Biarlah isu-isu yang berkualiti dan memperlihatkan kematangan kita berpolitik. Politik era ini bukan lagi politik era sebelum 13 Mei, atau pun politik dizaman mulut belengaih, dimana orang Melayu perlu melihat Cina dengan penuh kebencian dan sebaliknya. Politik hari ini politi realistik bukan politik rasis dan emosional sehingga membawa kepada kebodohan seperti dua tiga buah Ngo.

Sebagai seorang menteri dan pemimpin pelapis Umno kalau masih terus membawa politik titik bengik dan hujah yang tidak berpengkalan kepada dasar sebenar, malanglah negara ini bermenterikan tuan sebagai seorang menteri. Tidak anihlah kalau kabinet di zaman Najib Razak ini seperti kabinet "kerengga" sahaja 

1 comment:

GEBU said...

Sabri Chik ni tak boleh tutup mulut sbb dia kena penyakit mulut berbuih sbb itu dia kena cakap walau pun apa yg dia cakap tu macam najis kat tepi longkang... tunggu masa untuk dihanyutkan oleh air longkang yg semacam air limbah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive