16 May 2014

Dua Dituduh Rogol Gadis Bawah Umur

Gambar Hiasan/Pic: Perak TodayGambar Hiasan/Pic: Perak TodayMELAKA: Seorang pekerja kantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur di Tanjung Kling, bulan lalu.
Tertuduh Ridhwan Abdullah, 18, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Amran Jantan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang perempuan berusia 12 tahun lima bulan di sebuah rumah di Tamana Tanah Merah, Tanjung Kling, di sini, kira-kira jam 10 malam pada April 2014.
Dalam prosiding berasingan seorang pekerja restoran makanan segera, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur minggu lalu.
Tertuduh, Razman Rahmat, 21 didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun lima bulan di sebuah rumah di Taman Alai Perdana, di sini,kira-kira jam 7.30 pagi, pada 9 Mei 2014.
Kedua-dua mereka di dakwa mengikut Seksyen 376,  Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya M. Rebecca yang mengendalikan kedua-dua kes berkenaan menawarkan jaminan RM20, 000 bagi setiap tertuduh.
Ridhwan yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memohon jumlah itu dikurangkan dengan ala an mempunyai Sembilan adik-beradik ditanggung ayahnya.
Razman turut mengemukakan rayuan sama dengan alasan menanggung ibu bapa selain adik beradik yang masih bersekolah.
Amran kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10, 000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes serta lantikan peguam bagi Ridhwan dan Razman masing-masing pada 16 dan 17 Jun depan.--Harian Metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive