21 May 2014

Dyana: Mak bukan pemimpin PERKASA



Calon DAP untuk pilihan raya kecil Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menolak dakwaan ibunya Yammy Samat seorang pemimpin kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

“Dia bukan ahli (PERKASA) pun, macam mana dia boleh jadi pemimpin mereka?” soal Dyana kembali semasa sidang media selepas melancarkan pusat operasi pilihan raya Pakatan Rakyat di Pekan Baru, Teluk Intan hari ini.

Dyana merujuk kepada laporan The Star yang memetik setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali yang berkata, Yammy sebenarnya ketua Wanita pertama NGO itu.



Dyana kemudian menjelaskan, ibunya hanya bersama pemimpin PERKASA yang pernah menyertai Parti Melayu Semangat 46 yang dipimpin veteran Umno Tengku Razalegieh Hamzah sebelum ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive