Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 9:52 PM
Jenazah Almarhum yang dibawa oleh kenderaan Kementerian Pertahanan dari Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur disambut Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim.
Turut mengiringi adalah kenderaan membawa Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun serta kerabat diraja yang lain.
Raja DiHilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Shahar Shah tiba di istana pada pukul 9.15 malam.
Seramai 30 pelajar Ma'ahad Tahfiz Masjid Negeri hadir untuk menyempurnakan majlis tahlil dan bacaan Yasin sepanjang malam ini yang berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah.
Tinjauan Bernama mendapati kenderaan silih berganti keluar masuk istana yang membawa kerabat diraja, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai kerajaan dan pasukan keselamatan.
Laluan utama yang menuju ke Istana Iskandariah di Bukit Chandan, di sini ditutup berhampiran menara jam Kuala Kangsar bagi melancarkan lalu lintas.
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir
Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 6:17 PM
Kenderaan itu beredar dari perkarangan IJN pada kira-kira 5.08 petang dengan diiringi kenderaan kerabat diraja Perak dan polis.
Terdahulu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah turut dilihat berada di IJN.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir mengumumkan Almarhum Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari ini.
2 comments:
Nak cerita banyak tak payahlah. Seharian tadinya terasa amat gembira sekali, melebihi kegembiraan dihari pernikahan dulu, tak tahu pula kenapa. Pagi ini nak pergi enjoy sebabnya hari ini cuti.
Rasanya mungkinlah disebabkan suasana aman, tiada kegiatan kempen PRK Teluk Intan buat sementara waktu ini.
Al Fatihah.
Nyata benar...kita adalah sama cuma tanggungjawab itu saja yg menjadi Amanah. Sewaktu hidup kita di bezakan Istana dan Pondok dan diakhir hayat kita dibawa dari kenderaan yg sama....VAN JENAZAH. Tanpa kita sedari.
Post a Comment