24 May 2014

PRK Teluk Intan : Dyana terus dapat sokongan pengundi Melayu, isu perkauman BN ditolak

Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 24 MEI: Isu perkauman yang cuba dimainkan jentera kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Barisan Nasional (BN) di kawasan majoriti Melayu gagal menarik minat pengundi kawasan terbabit.
Hal itu dapat dilihat apabila kehadiran calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud di beberapa kawasan pengundi Melayu dan ceramah yang diadakan mendapat sambutan baik dari penduduk tempatan.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, berkata keadaan itu bertambah mudah apabila DAP sendiri meletakkan calon daripada kaum Melayu dalam PRK kali ini.
dr hatta ramli“Mengikut penelitian kita, sambutan pengundi Melayu khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong yang majoritinya Melayu terhadap calon DAP amat memberangsangkan. Tidak ada masalah besar walaupun ada sedikit gangguan tetapi pengundi menerima dengan baik.
“Kita tidak bersusah payah mematahkan isu perkauman kali ini kerana ternyata tidak menarik minat pengundi dengan keadaan calon DAP sendiri Melayu. Malah, sebenarnya BN tidak boleh memainkan isu perkauman,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Menyentuh kejadian gangguan penyokong tegar BN terhadap Dyana di sebuah pasar malam baru-baru ini, Dr Hatta berkata, jentera kempen pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) bertindak bijak dengan tidak melayani perbuatan provokasi pihak terbabit.
prk teluk intan“Kejadian gangguan di pasar malam itu tidak merebak cuma kita mahu pengundi melihat sendiri perbuatan BN yang bertindak liar, gemar melakukan provokasi dan perkauman. Ternyata tindakan itu makin menghakis minat pengundi untuk memilih BN,” katanya.
Mengikut daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Parlimen Teluk Intan memiliki 60,349 pengundi dengan 59,927 adalah pengundi biasa dan 410 pengundi awal yang layak mengundi dalam PRK kali ini.
Manakala mengikut pecahan kaum pula, seramai 25,310 (41.94 peratus) adalah pengundi Cina, 23,301 (38.6 peratus) Melayu dan 11,468 atau 19 peratus pengundi India.
-NFN-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive