29 May 2014

Skandal RM40 Juta, Hasan Malek Perlu Dipecat

alt

KUALA LUMPUR 29 Mei - Perlakuan Datuk Seri Hasan Malek yang dianggap sebagai menyalahguna kuasa dalam isu pembayaran balik pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM40 juta oleh seorang usahawan permaidani seharusnya dikenakan tindakan termasuk perlucutan jawatan serta siasatan secara menyeluruh.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata pembabitan Hasan dalam isu itu seolah-olah telah mencabuli bidang kuasa ahli lembaga pengarah bank tersebut dan mendesak agar pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk turut serta melakukan siasatan terhadap menteri itu.

"Datuk Seri Hasan Malek seharusnya digugurkan dari jawatannya dalam Kabinet dan siasatan juga harus dibuat oleh pihak SPRM dan Bank Negara berhubung perkara ini.


"Beliau telah mengganggu tugas ahli lembaga pengarah dan juga tugas pegawai-pegawai yang telah diberikan tanggungjawab oleh phak Bank Rakyat," katanya kepada wartawan Rakyat News, hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan sidang media berkenaan isu-isu semasa di Ibu Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut.

Jelas Mahfuz, campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu dianggap sebagai suatu jenayah ekoran terdapat dakwaan mengatakan beliau turut mengugut untuk memecat kesemua ahli lembaga pengarah dan kakitangan yang enggan meluluskan syarat pembayaran balik pinjaman tersebut.

"Apabila sampai pada peringkat mengugut untuk memecat kesemua ahli lembaga pengarah yang tidak bersetuju dengan keputusan serta syarat yang beliau sendiri buat bersama peminjam, saya kira ini adalah satu jenayah.

"Ianya sangat merbahaya kepada masa depan institusi perbankan apabila dibiarkan campur tangan menteri yang dilihat begitu menjaga kepentingan seorang peminjam daripada menjaga kepentingan seluruh rakyat marhaen yang turut melabur di dalam Bank Rakyat," katanya.

Sehubungan dengan itu, Mahfuz juga meminta supaya pihak pengurusan institusi perbankan terbabit untuk menjelaskan alasan dalam meluluskan pinjaman dan juga pembayaran balik tanpa faedah oleh usahawan permaidani, Deepak Jaikishan.

"Dengan itu saya menuntut supaya satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang membabitkan pemegang - pemegang syer dalam Bank Rakyat perlu segera diadakan.

"Pihak pengurusan harus segera tampil memberikan penjelasan berhubung isu itu dan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik mesti diberikan ruang untuk memberi keterangan dalam mesyuarat tersebut," ujarnya.

1 comment:

Manjalara (Azman Jalaludin) said...

Pecat dan ammbil tindakan mahkamah atas kesalahan menyalahgunakan kuasa. Kalau setakat pecat tidak akan ada sudahnya ,,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive