22 June 2014

16 termasuk aktivis Australia ditahan di protes anti-Lynas


Sekurang-kurangnya 16 peserta protes anti-Lynas ditahan kerana enggan berganjak dari pintu masuk loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Antara mereka yang ditahan termasuk ketua Himpunan Hijau Wong
Tack, ahli jawatankuasa pemandu Dr Phua Kia Yaw dan Hew Kuan Yau dari DAP, yang dikenali dengan nama 'Superman'.

Turut ditahan ialah aktivis Australia Natalie Lowrey yang mewakili Friends of the Earth untuk menyokong protes tersebut.

Kira-kira 1,000 orang berhimpun di pintu masuk kilang dengan kira-kira 300 kenderaan seawal tengah hari untuk menuntut penutupannya.



Semalam, Polis telah mendapat perintah injuksi semalam yang menghalang sesiapa berkumpul dalam lingkungan 20 meter loji kilang tersebut.

Bagaimanapun kira-kira 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi trak meriam air membuat sekatan kira-kira 300 meter dari pintu masuk loji Lynas itu.

Mereka turut diperkuat dengan kehadiran 100 anggota polis
beruniform.

Polis telah mengarahkan peserta protes itu supaya bersurai tetapi tidak dipersetujui walaupun Wong Tack berbincang dengan polis selama 30 minit pada jam 3 petang supaya dibenarkan berkumpul di depan loji itu.

Keadaan menjadi bertambah tegang apabila kedua pihak tidak mahu beralah, dengan peserta protes tidak mahu berganjak dan duduk di jalan tar itu.

Kira-kira jam 4.30 petang, Ketua Polis Kuantan Abdul Aziz Salleh memberi tempoh 10 minit kepada mereka untuk bersurai.

Bagaimanapun Wong Tack dengan tegas berkata: "Kami tidak akan berganjak."

Suasana menjadi bertambah panas apabila berlaku tolak menolak antara peserta protes dan anggota polis yang membentuk halangan, menyebabkan dua orang ditangkap.

Selepas itu Abdul Aziz mengumumkan masa untuk bersurai telah tamat.

"Jika anda tidak mahu bersurai, saya tiada pilihan selain membuat tangkapan," umun beliau sebelum mengarahkan anggota polis membuat tangkapan.

Beberapa peserta protes yang sedang duduk kemudiannya ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuantan.

Peserta lain kemudiannya mula bergerak meninggalkan kawasan protes, dengan setengahnya dipercayai menuju ke IPD untuk memberi sokongan kepada mereka yang ditahan.

Sebelum itu, Wong telah berikrar bahawa peserta protes tidak akan meninggalkan loji tersebut sehinggalah ianya ditutup. - malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive