Oleh: Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM 27 JUN: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin, berkata kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih besar dari kabinet Kerajaan Korea Utara dan Uganda.
Beliau berkata penambahan bilangan anggota kabinet Najib kepada 35 orang mungkin berupa rekod nasional.
“Satu laporan 2011, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia iaitu 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.
“Tetapi apabila saya menghitung anggota Kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30.
“Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda,” tulis beliau diblognya.
Kadir berkata dengan bilangan jemaah kabinet yang ramai, rakyat berhak mendapat faedah lebih banyak dan menaruh harapan lebih tinggi.
“Oleh sebab Perdana Menteri suka (benda yang) besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan kita adalah kabinet XXL Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.
“Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras sahaja,” katanya.
Kadir berkata pendekatan yang digunakan Najib sangat berbeza dengan almarhum ayahandanya yang lebih mementingkan kebajikan rakyat.
Katanya, Najib lebih sukakan sambutan besar-besaran walaupun melawat ke kawasan parlimennya sendiri.
“Nampaknya Perdana Menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.
“Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung,” tulisnya.
EZY
1 comment:
Kabinet Obesiti... orang obesiti jangan marah... saya pun obesiti juga.
Post a Comment