16 June 2014

Lagi penculikan di Lahad Datu : Seorang penjaga pusat ternakan ikan dan seorang suku kaum Suluk dilarikan empat lelaki bersenjata di Kunak ... mana Esscom?

Dengan segala usaha yang dibuat pihak berkuasa, nampaknya belum berhasil menangani kejadian penculikan di perairan Sabah.

Dalam satu kejadian terbaru awal pagi Isnin, dua lelaki - seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk - dilarikan oleh empat lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, di Semporna, Sabah.

Menurut laporan awal, penjaga pusat ternakan itu Chan Sai Chiun, 32, berasal dari Perak dan lelaki Suluk itu yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an.


Mereka diculik empat lelaki bertopeng dan bersenjata kira-kira pukul 12.40 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, dua suspek naik ke atas rumah di pusat ternakan ikan itu manakala dua lagi menunggu di dalam bot.

Mereka dikatakan diculik kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi di pusat ternakan ikan milik syarikat Davel Bay di Semporna.

Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.

Pada 6 Mei, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.-16/6/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive