Riyadh: Seorang suami yang taksub kepada bola sepak dilapor meminta isterinya mengikuti peraturan yang dia tetapkan sepanjang kejohanan Piala Dunia 2014 berlangsung bagi memastikan perkahwinan mereka tidak terjejas.
Sebagai mengakui kebenaran pepatah ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’, si suami menulis beberapa peraturan dan membuat salinan sebelum menampalnya di beberapa tempat dalam rumah mereka supaya isterinya tidak terlepas pandang atau terlupa mengenainya.
Menurut peraturan sementara itu, si isteri harus memberitahu lebih awal kepada suaminya mengenai sebarang rancangan melawat keluarga atau rakan, sekurang-kurangnya dua jam sebelum perlawanan bermula.
Untuk ke pusat beli-belah yang boleh memakan masa sehingga berjam-jam, ia hanya boleh dilakukan jika tiada perlawanan dijadualkan, kata suami.
Untuk ke pusat beli-belah yang boleh memakan masa sehingga berjam-jam, ia hanya boleh dilakukan jika tiada perlawanan dijadualkan, kata suami.
Wanita dilarang memandu di Arab Saudi, justeru mereka bergantung kepada suami atau anggota keluarga lelaki untuk ke mana-mana jika tidak mahu menaiki teksi.
Warga Saudi boleh menonton perlawanan yang disiarkan secara langsung dari Brazil pada jam 7 malam, 11 malam dan 1 pagi.
Selain itu, si isteri juga diberi amaran supaya mengelak memberi sebarang komen apabila suaminya dalam keadaan kecewa atau terlalu gembira dengan keputusan sesuatu perlawanan.
“Emosi saya mungkin tertekan. Mungkin saya akan melontar alat kawalan jauh kerana marah. Dan saya tidak mahu anda menjadi sasarannya. Saya mahu menjaga kesempurnaan kecantikan anda,” tulisnya dalam peraturan itu.
Menurut suaminya, peraturan itu berkuat kuasa sehingga perlawanan terakhir pada 13 Julai dan berharap pasukan Itali menjadi juara.
Rakyat Saudi sungguh meminati bola sepak dan gambar yang beredar di media sosial menunjukkan ketaasuban mereka kepada Piala Dunia.
Antaranya, seorang penduduk telah mengubah suai ruang tamu rumahnya menjadi replika stadium dengan dihiasi bendera pasukan kegemarannya. - Agensi
No comments:
Post a Comment