12 June 2014

Skandal Bank Rakyat: Hasan Malek nak jumpa Mahfuz



MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sri Hasan Malek ingin bertemu dengan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan isu membabitkan isu skandal Bank Rakyat.

Hasrat itu dinyatakan Hasan melalui satu nota ringkas yang diletakkan di atas meja Mahfuz di dalam Dewan Rakyat semalam.

Mengulas pelawaan itu Mahfuz berkata, beliau berterima kasih kepada Hasan yang mehu bertemunya berhubung isu penyelesaian mudah RM32 juta seorang ahli perniagaan kepada Bank Rakyat yang dibangkitkan beliau sebelum ini.


Bagaimanapun beliau berkata, adalah lebih baik untuk Hasan menjelaskan perkara itu di dalam Dewan Rakyat supaya semua orang dapat mengetahuinya dengan lebih jelas.

"Saya ucap terima kasih kepada menteri kerana bagi nota ini untuk jumpa dengan saya, beliau sepatutnya jelaskan di dalam Dewan Rakyat bukan hanya kepada saya.

"Saya minta beliau tampil beri penjelasan di dalam Parlimen agar semua mengetahui," katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semalam berhubung isu pinjaman mudah itu yang disifatkannya sebagai cuba mengalihkan jawapan dari persoalan asas.

Ahmad semalam mengatakan, proses pembayaran tanfa faedah adalah merupakan prosedur biasa kepada sesebuah bank untuk mendapatkan balik pinjaman yang dikategorikan kepada Pinjaman Tidak Berbayar atau 'Non Performing Loan' (NPL).

Ahmad juga turut menafikan wujud campurtangan menteri seperti didakwa.

Menurutnya lagi, penafian yang dibuat oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik adalah merujuk kepada satu kenyataan media mengenai campur tangan keluarga Perdana Menteri.

"Dakwaan campur tangan menteri yang mengarah pihak pengurusan Lembaga Pengarah membuat keputusan seperti yang dipersetujui antara menteri dengan peminjam tetap berlaku," jelas beliau.

"Wujud dua kali campur tangan, kali pertama lembaga pengarah menolak arahan tersebut dan bila kali kedua ada ugutan dipecat baru mereka setuju dengan arahan yang diberikan.

"Mesti ada asas kenapa berlaku penolakan pada kali pertama dan lembaga pengarah mengetahui latar belakang peminjam sehinggakan mereka menolak pada peringkat awal.

Beliau berharap agar Bank Rakyat dan kerajaan tampil memberi penjelasan kepada persoalan yang ditimbulkan dengan merujuk kepada perkara asas. - HARAKAHDAILY 12/6/2014

1 comment:

juans said...

Ini KOPERASI atau KORAPSI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive