13 July 2014

ABIM: Terus boikot produk rejim Zionist sampai menang

Oleh: AFIX REDZUAN
SHAH ALAM, 13 JULAI: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa rakyat Malaysia supaya terus memboikot produk keluaran Israel dan tidak melakukannya secara bermusim.
Presidennya Amidi Abdul Manan berkata, perkara ini sewajarnya tidak dilakukan secara bermusim kerana perseteruan di antara rakyat Palestin dan Israel sentiasa berpanjangan.
10489822_10152602464047125_1098727104258516973_n“Israel tidak pernah menganggap orang Palestin ini teman senegara sebenarnya. Mereka sentiasa bermusuhan sepanjang masa.
“Penentangan terhadap seharusnya berterusan sehingga satu kedudukan yang dianggap selesa dapat diperolehi saudara mara kita, rakyat Palestin.
“Perancangan untuk boikot Israel ini juga perlu secara berterusan, bukannya semasa Gaza diserang semata-mata,” katanya kepada Selangor Kini.
Kod Bar bagi produk barangan daripada Israel ialah 729 contohnya ialah : 729 3453459070
made israel
Sejurus serangan Israel terhadap penduduk Gaza dilancarkan pada awal Ramadan lalu, isu memboikot dan menempelak tindakan rejim Zionis itu kembali hangat diperkatakan terutama di negara ini sebagai solidariti umat Islam diatas kekejaman pembunuhan rakyat tidak berdosa.
10405374_728364550535771_4359148386859511362_nLebih mencuri tumpuan terutama di laman sosial adalah kempen memboikot produk makanan segera McDonald yang didakwa menyalurkan dana keuntungan bagi membantu program Israel memusnahkan penduduk Palestin.
Kempen yang dilakukan antaranya adalah menggesa pemilik kenderaan menanggalkan pelekat ‘McDonald pandu laju’ yang popular digunakan rakyat Malaysia sebagai satu jihad kecil melawan agenda musuh Islam.
McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan semalam dilaporkan menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.
Selain itu terdapat juga kempen menukar gambar profail laman sosial masing-masing kepada unsur menyokong Gaza sebagai solidariti terhadap nasib umat Islam yang diserang Israel setiap kali ketibaan Ramadan.
Pengerusi Aqsa Syarif, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata McD Corp Amerika adalah penyumbang kepada Jewish National Fund, untuk membina imej yang positif tentang Israel di mata dunia.
“Sudah tentu bila jenayah mereka didedahkan mereka akan menafikan bermatian matian.
“Tetapi hakikatnya membantu Israel adalah tanggungjawab agama penganut zionis. Membunuh rakyat Palestin adalah kemuliaan bagi mereka,” kata Dr Hafidzi dipetik dari laman Facebook Aqsa Syarif.
Dr Hafidzi berkata, mereka akan berbohong dengan berkata dengan lunak kepada dunia dan umat Islam mereka tidak menyumbang kepada Israel.
“Ini hanyalah skrip yang disediakan oleh McD corp US untuk dibaca oleh restoran McD seberang laut,” tulisnya.
EZY

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive