26 July 2014

Ahli PAS perlu akur pendirian Hadi sokong Khalid - Dewan Ulama

Dewan Ulama PAS menyeru kepada semua ahlinya supaya akur dengan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berbeza dengan DAP dan PKR apabila mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan jawatannya sebagai menteri besar Selangor.
Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Khalid dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.
“Ahli PAS perlu menghayati kebijaksanaan Presiden dalam hal ini, tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sebarang usaha menukar Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tanpa persetujuan bersama sehingga menimbulkan kekalutan rakyat perlu dielakkan.

Tiada Alasan Syarie Untuk Mewajarkan Penukaran MB Selangor - Dewan Ulama PAS Pusat

KOTA BAHARU, 26 Julai (Bernama) -- Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yakob berkata dewan itu telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Abdul Khalid sejak pelantikannya sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Begitu juga sejak beliau mula menjadi menteri besar pada 2008 sehingga kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata dewan tersebut menegaskan bahawa masalah mengekalkan jawatan Abdul Khalid lebih kuat berbanding keperluan menukar dengan menteri besar baharu.

Sebarang usaha menukar menteri besar Selangor tanpa persetujuan bersama PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan, katanya.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Sambil menyokong pendirian Abdul Hadi itu, Ahmad menyeru semua anggota PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian presiden PAS itu tambahan pula presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

-- BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Tiada alasan syarie?....korok mu!!!!......dia dah kalah dalam pemilehan sebagai ketua bahagian. Dah tak layak jadi MB.........mung ingat nak kawin ke nok alasan syarie....bahalul supe berok! Patut la ganu jatuh kat ameno. Otak din ayam sume dalam pas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive