Akaun FB yang menggunakan nama Kiki Kamaruddin dibuka pada Rabu, kira-kira pukul 8 pagi, sehari selepas video 'Peugeot CDM25' tersebar di internet dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati akaun FB sebenar Kiki dikatakan telah ditutup.
Menerusi akaun FB palsu yang dibuka dengan gambar logo Peugeot dan gambar kecil Kiki, ia tetap dihujani pelbagai komen negatif, seolah-olah menjadi tempat untuk melepaskan geram serta kemarahan mereka terhadap perempuan di dalam video tersebut.
Menerusi akaun FB palsu yang dibuka dengan gambar logo Peugeot dan gambar kecil Kiki, ia tetap dihujani pelbagai komen negatif, seolah-olah menjadi tempat untuk melepaskan geram serta kemarahan mereka terhadap perempuan di dalam video tersebut.
Rata-rata pengguna tidak bersetuju dengan tindakan agresif dan cara dia menyelesaikan kemalangan kecil yang membabitkan keretanya dan sebuah lagi kereta yang dipandu seorang lelaki berumur.
Seorang pengguna, Afrina Zulqarnaen memberikan komen dan nasihat panjangnya kepada Kiki menerusi FB palsu ini, barangkali dengan harapan mesejnya dapat dibaca empunya badan.
"Fikirlah kak yang mana baik,yang mana buruk. Setiap orang mesti ada buat kesalahan, tapi tindakan akak tu macam orang yang tak ada akhlak. Mana pergi sifat malu akak sebagai perempuan?"Pak cik tu orang tua, hormat la sikit walau tengah marah. Akak pun dah besar, cakap guna akal fikiran, jangan cakap ikut perasaan. Tindakan akak tu keterlaluan sangat. Fikirlah kak...jangan bangga sangat apa yang kita ada sebab Allah SWT akan tarik balik apa yang kita ade," tulisnya.
Selain menerima kritikan akibat tindakan kasarnya, penampilan bertudung Kiki turut disentuh.
"Sebagai wanita bertudung memang sepatutnya kita menjaga akhlak. Sebab orang akan menilai kita dari luaran.
"Tudung tu melambangkan agama. Sekarang ni krisis agama menjadi-jadi kalau perangai macam tu, apa agama lain anggap agama kita. Mesti hilang hormat dengan agama kita kan dan perkataan mcm ni akan keluar "NAMA JE PAKAI TUDUNG TAPI PERANGAI MENGALAKAN HARIMAU".....suka tak ayat tu?," Juitah Juie memberi komen.
Sementara itu, ada juga pengguna yang menggesa supaya produk keluaran Kiki diboikot.
Difahamkan, dia menceburi perniagaan pakej perkahwinan dan dikenali ramai.Di sebalik kemarahan ramai, terdapat juga pengguna yang lebih tenang dengan menyuruh Kiki berjumpa dengan lelaki tua tersebut dan meminta maaf.
Setakat pukul 12 tengahari, sebanyak lima 'posting' telah ditulis di dalam FB yang tidak diketahui siapa pemilik sebenarnya dan telah mendapat hampir 2,000 'like'.
Antara 'posting' yang ditulis ialah:"What is this?? Akak yang buat salah, marahkan tudung. Suruh tak payah pakai tudung pulak?
"Korang yang maki akak, akak pulak dapat dosa! and i find this offensive!.
Robin Sim berkata, bapanya tidak akan mengambil tindakan terhadap wanita itu walaupun trauma dengan apa yang telah berlaku.
Robin yang pada mulanya mahu mengenakan tindakan terhadap perempuan itu bagaimanapun menghormati hasrat bapanya.
"Ibu bapa saya mengalami trauma selepas kejadian itu. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja mendapat tahu bahawa ramai orang menyokongnya tanpa mengira bangsa, dia berasa lebih lega," Robin memberitahu Star Online melalui mesej Facebook.
Video kejadian itu yang berlaku di Kuantan telah dimuat naik ke Youtube dan merebak serta-merta.
Dalam rakaman yang diambil oleh pemandu lain berhampiran lokasi kejadian, perempuan itu menjerit memanggil lelaki yang sudah berumur itu 'sangat bodoh' dan melemparkan kata-kata berbaur perkauman kepadanya.
Dia juga menuntut lelaki itu membayar RM2,000 sebagai pampasan.
Selain itu, dia berulang kali mengetuk-ngetuk kenderaan lelaki tua itu dengan kunci stereng.
Lelaki tua berkenaan tenang walaupun berdepan kemarahan perempuan itu dan menawarkan untuk membayar ganti rugi sambil mengulangi kemalangan yang berlaku tidak disengajakan.
Pengguna di laman sosial marah terhadap kebiadaban dan keganasannya sehingga identiti, nombor telefon, akaun Facebook dan maklumat syarikat pengantin di mana dia didakwa bekerja turut didedahkan.
No comments:
Post a Comment