09 July 2014
Bukan Hanya Khalid, Anwar & Lain-Lain Juga Perlu Undur
Kita harus ingat bahawa Anwar bukan sahaja penasihat PKR tetapi juga penasihat ekonomi negeri ini," katanya dalam temu bual dengan Umno-online, Isnin.
"Jika Khalid terpaksa meletak jawatan, bagaimana pula Anwar?."
Sebelum ini dilaporkan bahawa Khalid telah menafikan mesej teks yang tersebar, yang mendakwa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Mohammad Fairus berkata adalah tidak adil untuk 'menghukum' Khalid semata-mata.
"Pemimpin pembangkang juga telah gagal untuk membendung masalah yang melanda parti itu," kata Mohammad Fairus.
"Lihatlah kepada pilihan raya parti yang huru-hara dan bermasalah - dan perkara itu telah berlaku sebelum ini," katanya.
"Malangnya, keadaan menjadi lebih buruk apabila ahlinya mengheret parti ke mahkamah," katanya.
"Siapakah yang boleh bertanggungjawab sepenuhnya untuk masalah-masalah ini?".
Spekulasi mengenai jawatan Khalid akan digantikan mula diperkatakan apabila PKR cuba memperkenalkan "langkah Kajang".
Ia bertujuan untuk menaikkan Anwar sebagai Anggota Dewan Undangan (Adun) di Selangor, untuk menjadi Menteri Besar, dengan memaksa pilihan raya diadakan pada bulan Mac.
Sejak itu, Khalid telah menjadi sasaran serangan dalaman parti dan juga dari pemimpin komponen Pakatan Rakyat berkaitan pengendalian beliau dalam beberapa isu, termasuk isu air dan tol lebuhraya di negeri ini.
Malah beberapa pemimpin PKR secara terbuka meminta Khalid mengosongkan jawatannya selepas beliau gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tuan MS pun setuju ke dgn pandangan ini?. Kalau begitulah kaedahnya dlm pecaturan politik taklah susah mana politik ni. Alangkan yg kuat berpegangan dgn agama pun mcm pelepah pisang kering tak mahu lepas jawatan, Inikan pulak yg bercita cita tinggi.
Post a Comment