Najman, 44, yang bekerja secara kontrak saluran radio itu berkata, dia terkejut dengan tindakan pihak pengurusan Astro Radio yang membuat keputusan tersebut tanpa memberi sebarang alasan kukuh sebab-sebab pemecatannya.
"Benar, saya sudah diberhentikan pada 11 Julai lalu dan saya tidak tahu punca sebenar mereka bertindak begitu.
"Mereka hanya memberi alasan kononnya saya tidak memberi khidmat cemerlang dalam stesen itu sedangkan sudah 10 tahun saya bersama Sinar FM," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Jumaat.
"Setakat ini , ada beberapa rakan yang memberikan cadangan untuk saya cari sebab saya diberhentikan. Kalau boleh saya akan usahakan sebelum sambutan Aidilfitri ini.
"Tidak kisahlah apa hasilnya nanti, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mendapatkan semula pekerjaan saya.
"Saya pun tidak pasti adakah perlu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Seharusnya pihak pengurusan berbincang dahulu dengan saya sekiranya reputasi kerja saya tidak mencapai piawaian yang ditentukan," ujarnya.
Sementara itu, Najman menyifatkan kejadian yang berlaku kepadanya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini mungkin mempunyai hikmah di sebaliknya walaupun berasa risau kerana isterinya kini sedang hamil dua bulan.
"Saya reda dengan apa yang sudah berlaku. Mungkin Tuhan beri rezeki anak, Dia tarik rezeki lain. Mujurlah saya dan isteri ada pendapatan lain dengan menjalani perniagaan secara kecil-kecilan," tuturnya.
Najman memulakan karier separuh masa sebagai penyampai radio di stesen Best 104 FM pada tahun 1989 dan diserap sebagai penyampai tetap pada 1991.
Setelah berkhidmat lebih kurang lapan tahun, Najman telah ke saluran radio Era FM dan kemudian dipindahkan ke Sinar FM pada tahun 2004.
Najman mengendalikan segmen Senandung Malam (8 malam hingga 12 tengah malam) bersama deejay Jamal Jamaluddin.
Sementara itu Pengurus Saluran Sinar FM, Rizal Sahimy yang dihubungi mStar Online> tidak dapat memberi jawapan berhubung perkara itu.- mStar
No comments:
Post a Comment