18 July 2014

MAS MH17 Ditembak Jatuh Kerana Terbang Di Kawasan Konflik - Ukraine




MH17: MAS Sekali Lagi Jadi Tajuk Utama Akhbar Dan Portal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 3:41 AM

PETALING JAYA: MAS sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar dan portal berita dunia apabila penerbangan MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis
.
Pada 8 Mac lalu, MAS mula dikenali masyarakat dunia apabila sebuah pesawat milik syarikat penerbangan itu hilang dari radar dan tidak ditemui hingga kini.
Dalam kejadian itu penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar selepas berlepas pada pukul 12.41 pagi.
Pesawat itu dilaporkan mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi dan usaha mencari masih diterus sehingga hari ini.
Bagaimanapun, pada Khamis dunia sekali lagi dikejutkan dengan berita nahas penerbangan apabila sebuah lagi pesawat milik MAS terhempas kerana ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu.
Pesawat itu didakwa ditembak jatuh kerana terbang di kawasan konflik antara kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia.

Galeri Gambar Nahas MH17 Milik MAS

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 2:09 AM
BERIKUT merupakan rakaman gambar nahas penerbangan MH17 milik MAS yang didakwa ditembak jatuh di Donetsk, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia pada Khamis.











MAS Terputus Hubungan Dengan Pesawat MH17 Dari Amsterdam

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 12:39 AM
)
KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia Airlines (MAS) telah terputus hubungan dengan pesawat Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia Pada lewat malam Khamis.
MAS dalam tweet terbaharunya berkata kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.
"Butiran lanjut akan menyusul," katanya.
Sementara itu, jurucakap MAS berkata syarikat penerbangan itu tidak dapat mengesahkan laporan agensi berita antarabangsa mengenai insiden itu dan masih menyiasat perkara berkenaan.
"Sebaik kita mendapat butiran lanjut, kami akan memaklumkan kepada media," katanya.
Agensi berita antarabangsa melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 penumpang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Ia berkata pesawat Beoing itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

GRABOVO, Ukraine: Ukraine memberitahu pesawat penumpang, MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh pada Khamis kerana memasuki ruang udara kawasan konflik antara kerajaan negara itu dengan puak pemisah pro-Rusia.
Bagaimanapun Ukraine menafikan telah menembak jatuh pesawat tersebut.
Petugas media agensi berita antarabangsa, Associated Press (AP) yang sempat ke lokasi nahas di timur Ukraine mendedahkan telah menemui 22 mayat.
Pesawat itu didakwa hancur akibat terhempas dengan kesan terbakar termasuk barangan penumpang yang bertaburan di kawasan ladang gandum berkenaan.
Nahas itu mengorbankan 295 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan nahas itu merupakan tindakan pengganas serta meminta siasatan antarabangsa dijalankan terhadap insiden berkenaan.
Kerajaan negeri Donetsk pula memberitahu, kawasan tersebut telah diambil alih oleh puak pemisah pro-Rusia dan pertempuran udara antara mereka dan kerajaan telah berlaku sejak beberapa hari lalu.
Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko berkata, pesawat awam itu ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu darat ke udara ketika ia berada di ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Jelasnya, sistem peluru berpandu tersebut berupaya menembak jatuh pesawat di ketinggian 22,000 hingga 72,000 kaki.

MH17: Bapa Pramugari Terkejut Pesawat Ditembak

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 3:48 AM

Ibu salah seorang anak kapal Penerbangan MH17, Sharom Ibrahim, 57, tidak dapat menahan kesedihan sambil memegang gambar anaknya, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, sambil diperhatikan oleh suaminya Mohamed Salleh Shamsuddin, 54, semasa ditemuramah di kediamannya di Mayang Pasir, Bayan Baru, Pualau Pinang pada Khamis.
GEORGE TOWN: Keluarga pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31,(gambar) yang dilaporkan terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia, terkejut dan tidak menyangka anaknya turut berada dalam pesawat berkenaan.
Bapanya, Mohamed Salleh Samsuddin, 54, berkata beliau mengetahui mengenai tragedi yang menimpa anaknya itu daripada kawan-kawan Nur Shazana selain pihak MAS yang turut menghubunginya kira-kira pukul 11 malam Khamis.
Beliau dan isterinya Sharom Ibrahim, 56, terkejut selepas mengetahui mengenai tragedi berkenaan kerana anak sulungnya itu baru sahaja menghantar mesej pada 16 Julai lepas menerusi sistem WhatsApp.
"Dia (Nur Shazana) meminta kami mengirimkan gambar anak saudaranya bersama gambar kad pengenalan saya dan emaknya. Pada masa itu, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia sangat ceria.
"Dia juga pesan supaya menunggunya pulang pada hari raya kedua kerana mahu menziarahi kubur arwah neneknya bersama-bersama kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Bukit Gedung, di sini.
Sharom Ibrahim, 57, memegang gambar anaknya Nur Shazana yang turut terkorban dalam nahas MH17 di Ukraine.
Nur Shazana antara 15 anak kapal bersama 280 penumpang dalam pesawat MH17 yang terputus hubungan kira-kira pukul 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30km dari Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.
Agensi berita antarabangsa telah melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.
MAS dalam tweet terbaharunya menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine.
Mohamed Salleh berkata beliau cuba menghubungi anaknya itu, namun tidak mendapat maklum balas.
Beliau berkata keluarganya akan menunggu maklumat lanjut daripada MAS sama ada perlu ke Kuala Lumpur atau tidak.
Ditanya mengenai Nur Shazana, Mohamed Salleh berkata anaknya itu berkhidmat sebagai pramugari MAS sejak sembilan tahun lepas dan Nur Shazana sangat meminati profesion itu sejak kecil.


Antara pasport pelbagai negara termasuk Malaysia yang ditemui di tempat kejadian pesawat Malaysia MH17 jatuh terhempas di Timur Ukraine pada petang Khamis.

LONDON: Antara lima hingga 10 penumpang pesawat malang Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Timur Ukraine pada petang Khamis adalah terdiri daripada warga Britain demikian menurut media massa negara itu.
Keseluruhannya pesawat itu membawa 295 penumpang termasuk 15 kakitangan kabin.
Juga dipercayai sekurang-kurangnya 23 warga Amerika Syarikat turut menaiki pesawat berkenaan yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.
Antara yang turut menaiki pesawat itu ialah seorang penumpang dari Belanda yang sempat merakamkan pesawat itu dan memuatnaikkannya di dalam laman Facebooknya sebelum mereka berlepas.
Sementara itu terdapat foto yang diambil di tempat kejadian menunjukkan pasport antarabangsa British, Amerika dan juga Malaysia antara yang ditemui bertaburan.
Pesawat MAS itu dikatakan ditembak jatuh menggunakan peluru torpedo buatan Rusia.

Kami mengucapkan takziah kepada semua keluarga penumpang & anak kapal MH17 yang terkorban
... Al Fatihah

1 comment:

Anonymous said...

Takziyah kepada MH17.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive