PETALING JAYA - Ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang digantung keahliannya oleh parti itu menggesa Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) mendedahkan hasil siasatan kes rasuah membabitkan jawatan calon Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard menyerahkan memorandum ke pejabat PKR hari ini, ingin tahu status siasatan bersabit aduannya ke atas Azmin memandangkan ia sudah banyak kali dibuat namun tidak ada sebarang maklumat diterima berkenaan aduan itu.
"Pada 5 Jun, saya telah menghantar satu aduan, mendesak siasatan dan penjelasan segera mengenai cubaan merasuah JPP yang tersebar.
"Tarikh tersebut ialah tarikh setelah dua minggu tersebarnya berita mengenai Pengerusi Panel Bantahan JPP membaling wang dalam Mesyuarat Biro Politik kerana menurut maklumat yang tersebar, wang tersebut adalah wang yang cuba disogok oleh seorang calon Timbalan Presiden," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Menurut Chegubard, maklumat dan perkembangan siasatan kes tersebut yang didakwa dijalankan oleh pihak JPP terkubur begitu sahaja.
Untuk rekod, Azmin sudah pun menafikan dakwaan bertulis Chegubard kepada Lembaga Disiplin PKR dan mencabar Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu mengemukakan bukti bersabit dakwaannya itu.
Azmin juga sebelum ini menafikan bahawa seorang anggota dari kemnya cuba menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abdul Malek Hussin.
Chegubard sebelum ini mendakwa Abdul Malek menolak rasuah yang diberi calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya'.
Menurut Chegubard, berdasarkan khabar angin, 'bos' yang dimaksudkan itu berkemungkinan Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi jawatan kedua tertinggi parti pada pemilihan kali ini.

No comments:
Post a Comment