20 July 2014

MH17 : Sekadar untuk pegetahuan ... secara kebetulan ianya terjadi ... angka 17


Kuala Lumpur: “Apa yang berlaku dengan MH17 tiada kaitan dengan nombor itu tetapi ia hanya kebetulan.
“Umat Islam kena jaga, ia kepercayaan bidaah dan khurafat, bukan ajaran Islam,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadut ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas tindakan segelintir masyarakat yang suka mengaitkan angka 17 dengan kejadian insiden pesawat MH17.

Angka 17 menjadi viral dalam laman sosial kononnya mempunyai nilai tersendiri.

Catatan itu menunjukkan: MH17 kali pertama diterbangkan pada 17/7/1997, terhempas pada tarikh 17/7/2014 iaitu genap ulang tahun ke-17 penerbangan itu.


Nooh berkata, kepercayaan seperti itu menyalahi ajaran Islam dan tidak harus berlaku.

“Kepercayaan ini harus dihentikan segera kerana boleh merosakkan iman dan akidah kita sebagai Islam.

“Sesiapa yang percaya dengan perkara ini harus bertaubat dengan segera, mudah-mudahan Allah mengampuni dosanya,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Aku lihat angka-angka itu sebagai ancaman Allah untuk menurunkan bala yang lebih besar. Jangan lupa Malaysia baru sahaja memperolok-olokkan Undang-Undang Allah. Tak percaya tengok surah:


Surah ke 7 Al-A'raaf ayat 7, 17 dan 77

[7]Kemudian sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (Rasul-rasul dan umat-umatnya), dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal mereka).

[17](Dari petikan kata-kata Iblis) "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

[77] Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)".

Surah ke 17 Al-Israa' ayat 7, 17 dan 77

[7]Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.


[17]Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya.


[77] (Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu.

Surah ke 77 Al-Mursalaat ayat 7 dan 17

[7](Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku. (KENA TENGOK JUGA AYAT SEBELUMNYA)

[17] Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.

BUKANKAH SEMUA AYAT-AYAT ITU BERKAITAN KEINGKARAN KITA TERHADAP PERINTAHNYA MALAH PADA TAHAP MENCABAR? YANG PASTI SESUATU YANG LEBIH BESAR AKAN BERLAKU... SEMOGA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA, SEMOGA MALAYSIA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive